Saturday, December 4, 2010

ROJAK TAHU SENANG



Hari ni makan rojak tahu je..kalau nak resepi kuahnya salin kat bawah ni
Kuah rojak tahu ni tak pakai petis udang ye.. sorry..

Bahan-bahannya
Tahu ikut nak banyak mana ( digoreng)
taugeh di celur sekejap dgn air panas
timun dan sengkuang di potong kecil
150gm kacang tanah goreng
*100 gm kicap manis
*3 ulas bawang putih
*100 gm kicap manis
*1 1/2 sudu gula pasir
*50 gm gula melaka
*10 biji cili api (nak lebih pun boleh)
*2 sudu makan air asam jawa

Cara-caranya
Semua bahan bertanda * di masukkan dlm blender bersama separuh kacang tanah sahaja dan kisar bila dah sebati masukkan baki kacang tanah tadi dan kisar sekejap biar nampak kasar2 kacang tanah tu.. Ok dah siap .. lepas tu tau sendiri la nak buat apa.. tak kan nak tengok je tak..

Sunday, November 28, 2010

KEK COKLAT KUKUS



Kek coklat kukus paling sedap pd tekak aku dan paling senang nak buat resepi asal kat sini
lembab lembut tak tau nak cakap la cuba buat senirik ajarkan pd budak sekolah rendah masa cuti sekolah ni pun boleh pandai
tak caya tengok resepi kat bawah

Bahan2nya
2 cawan tepung blue key(tepung beserbuk penaik)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 tsp vanilla (ni aku tambah sendiri)
1 cawan air panas

Caranya
Siapkan dan panaskan pengukus Sediakan loyang 8x8x3 (jenis lain pun boleh
Campurkan bahan yang kering dulu (tepung+gula kastor+milo+serbuk koko+)
Gaulkan masukkan telur susu pekat dan air panas juga minyak masak gunakan wisk
je bila dah rata tapiskan supaya lagi halus dan masukan dlm loyang tutupkan dengan
aluminium foil dan sedia untuk di kukus pastikan air dlm kukusan telah mendidih
Kukus la sampai masak (aku kukus 2 jam gerenti masak tak payah cucuk2)

Monday, November 22, 2010

GAMBAR JE


Ini kueh ha... tak tau apa nama, rasanya macam swissroll
tapi dah ubah bentuk jadi bulat lepas tu kepit dengan cream dan buah2an
Ni kueh dapat free la..Nanti kalau dah dapat resepinya aku tulis ye, Macam
aku boleh buat ni..hahaha


Sayur ari ni, Hubby kata macam lauk org Yepun tak di jamah nya
tak pe anak2 pempuan dlm rumah ku paling suka lauk tak berapa nak masak ni
dah habis pun..

Thursday, November 18, 2010

LAPIS LENGIT ECONOMIC


Aku suka sendiri tengok kek ni, tapi kat rumah penghuninya macam tak pandang
mereka semua tak suka akan rasanya yg ada rempah tu. tak pe simpan dulu dlm
esbok esok keja.. boleh bawak office





Sila salin resepi kalau berkenan resepi asal tengok kat SINI aku tulis balik ye ikut
kesesuaian citarasa ku
Bahannya A
75gm guna kaster
550 gm butter (aku guna Golden Churn)
1 sudu makan vanilla
20 gm susu pekat manis (lebih kurang 2 tbs)

Bahan B
450 gm kuning telur (aku guna 25biji kuning telur)
50 gm gula kaster

Bahan C
300 gm gula kastor
350 gm putih telur ( ini aku timbang lupa nak kira berapa biji)

Bahan D
50 gm susu serbuk (aku guna omega)
140 gm tepung gandum (aku guna tepung Hong Kong)
20 gm tepung jagung
3 sudu rempah spekuk (aku guna rempah kek lapis nona)
(Semua bahan D di ayak sekali)

Loyang 8X8X4
Satu lapis adunan 80gm

Caranya
Bahan B kacau dengan wisk tangan je
Bahan A Putar dengan mixer sampai adunan gebu, masukkan adunan B sedikit sedikit
sampai habis.. Stop
Putar bahan C sampai kaku . Gaulkan dengan bahan AB tadi, Masukkan bahan D
Sediakan loyang masukkan adunan 80gm shj dan bakar dengan api atas 5-7 minit
Suhu 180-190 ikut oven memasing. Dah masak satu lapis tekan dengan penekan
dan boleh juga sapu dengan butter cair lepas tu tuang adunan lagi.. buatlah sampai habis
jenuh wei..sebab itu kalau buat kek lapis jangan buat satu loyang je bosan depan oven
Sebab tu haku buat mesti 2 buku sekali gus...

KEK LAPIS HOLICKS-MILO



Kek ini di buat sempena menyambut Aidil Adha.Lama tak bersiaran Resepi asal boleh
tengok SINItapi aku tulis balik la ye sila tengok Ambik gambar pun kek ni tak solek tak de
bunga-bunga lepas potong terus snap.. boleh...gitu

Bahan-bahan
10 biji telur (aku guna saiz A)
16 oz mentega (aku guna 500 gm butter GC)
200 gm gula kaster
240 gm tepung gandum (aku guna tepung Hong Kong)
100 gm Holicks
100 gm milo (aku guna 50gm milo + 50gm serbuk koko)
1 tin susu pekat (397gm)
1 tbs ovellate (ini aku tambah)
1 tsp vanilla (aku tambah sendiri)
50 gm jem strawberry (aku suka nak letak)

Caranya
Pukul butter + gula kaster +ovellate + vanilla sampai kembang
Masukkan telur satu persatu pukul lagi sampai pekat dan rata
Perlahankan mixer, masukkan susu pekat di ikuti dengan jem masukkan
tepung gaulkan dan bahagi dua
satu bahagian masukkan holicks kacau rata, satu bahagian lagi masukkan
milo dan serbuk koko yang telah di ayak , sediakan loyang 8X8X3 cara
melapis terpulang cara sendiri samada dua lapis holick dua lapis coklat
atau macam haku buat selang satu satu ( laa mcm mana aku nya bahasa
ni..faham ke.. ) satu lapis adunan mentah 100gm

Wednesday, October 27, 2010

SAMBUTAN BIRTHDAY 2 MAKCIK


ok ok ...redy nyanyi..lilin tak boleh letak takut penuh
karang rentung kek tu . nanti betul2 jadi secret receipe.

PakCik2 tak makan takut kambing tangkap tengkuk


Makcik2 tengah makan sedap beryani kambing tu. Terima kasih sebab jemput haku makan free hadiah tak de.. tak bawak.. Haku ucapkan selamat hari lahir yang ke 50 dan 55 panjang umur...dan murah rezeki..


Thursday, October 7, 2010

SAMBUTAN RAYA DI TEMPAT KERJA










Ari ni penutuplah agaknya sambutan raya kat pejabat OK juga tu kalau tak asyik nak mengunyah tak sudah. Makanan yg di hidangkan pun ehmmm.. sedap jugak.tengok gambar pun boleh teka apa.. Gambar lain tunggu akan muncul esok ye. tau la aku ni bukan boleh tidur lambat. nanti meroyan kat tempat keja.

Sunday, September 26, 2010

KEK LAPIS PRUNE



Ini projek ari ahad, lepas subuh dah mula membaking buat 2 buku sekali gos, kononnya nak bawa buat majlis sambutan ari raya kat opis, satu lagi kek tak payah tunjuk la kek lapis asam manis biasa sangat dah,, resepi kalau terbekenan salin la ya kat bawah ni

bahannya
bahan A
25 biji kuning telur
5 biji putih telur (ini aku sendiri taruh biasalah derhaka pd resepi asal)
240 gula castor
*100 gm tepung hong kong
*1 tsp rempah kueh
*1 tsp baking powder ( aku tak tau napa kek lapis ni ada baking powder?)

(campurkan 3 bahan bertanda * -di ayak)

Bahan B
450 gm butter (aku guna golden churn + butterlite)
5 tbs susu pekat manis
1 tbs ovellete

Bahan B
340 gm prune di hiris lebar (suka hati sendiri kalau nak banyak2)


Caranya
Sediakan loyang 8x8x4 disapu butter dan alas dgn kertas baking
Putar bahan A sampai kembang (kalau pakai hand mixer putar telur dulu dah kembang masukkan gula dah kembang betul baru masukkan bahan di ayak.. siap ketepikan dulu
Putar pula bahan B sampai gebus dan
kemudian campurkan bahan A dan B kacau dgn spatula je tak perlu putar
Panaskan oven 190-200 gril shj api atas ma (ikutlah korang punya oven)
Bakar selapis-selapis selepas habis lapis ketiga di bakar susun prune mcm contoh gambar dan
lapiskan lagi dgn adunan tu. Buat lah sampai habis
Pada lapisan akhir.. tukar kepada api atas dan bwah turunkan suhu pd 170 dan bakar selama
lebih kurang 20-25 minit.
Tips.. Keluarkan kek drpd oven biarkan kek dlm loyang selama 15 minit lepas tu
terbalikkan kek atas redai dan biarkan terbalik macam tu sampai sejuk
kek akan nampak cantik dan rata.....wahhh.. dah lebih bagi ni..

Friday, September 17, 2010

CHOCOLATE HAZEL NUT BALL



Baru buat malam tadi, atas permintaan anak2 yg nak bawa balik ke asrama resepi biskut ni dah lebih 10 tahun ku simpan pemberian rakan ku Kak Sakinah yg dah pencen dan balik ke Kota Bharu Kelatan. Tiap tahun memang tak miss buat biskut ni. Minta halal ye Kak Nah sebab nak tulis resepi dlm blog ni..
resepi :
250 gm butter
225 gm tepung Hong Kong
100 gm kacang hazel bakar dan kisar
70 gm gula icing
50 gm tepung beras
1 sudu teh esen vanilla
Kacang hazel (whole) bakar secukupnya
250 gmCoklat masakan atau secukupnya

Caranya
satukan butter + buter+ esen vanilla kemudian masukkan 2 jenis tepung dan hazel di kisar jadikan doh biarkan sebentar (kalau lembik tambah sikit tepung HK)
Ambil sikit doh isikan kacang haxel sebiji dan letakkan dlm loyang bakar lebih kurang 18minit
suhu 170 ikut la oven masing2 ye dan siap sejukkan masukkan dlm papercup curah coklat dan hias ikut suka

p/s biskut ni tak pakai telur ye
Menghasilkan lebih kurang 160 biji..



Thursday, September 16, 2010

BISKUT RAYA











Ini adalah sebahagian drpd 10 jenis biskut raya yg aku dapat free drpd My SIL yg rajin dan creatif membuat biskut raya. Semua biskut raya nya haku suka sebab sedap dan ada copFREE Lagi 5 gambar biskut tak sempat nak snap dah habis la...Tapi tak kesah la.. janji tiap taun aku punya dia tak lupa...

Wednesday, September 15, 2010

TAPAI PULUT BANJAR



Mungkin pelik sikit sebab warna ijau, tapi itulah istimewanya tapai pulut banjar ni, selalunya tapai ni di hidangkan pada masa Hari Raya. Rasanya waduh.. manis bangat.kadak incaan (tak faham? diam je lah..).kalau dah sejukkan dlm esbok lagi sedap manisan ni warna hijau tu dari daun pucuk manis (daun cekor manis) yg di kisar dan jus nya di campur dgn pulut. Cara buat tapai ni aku belum mewarisi lagi nanti lah bila senang. Ini pun aku dapat daripada pemberian kakak ku yg dah expert buat tapai belajar drpd arwah ibuku...dulu-dulu masa aku kecik2 kalau tamu datang rumah ku yang di cari tapai ni lah.. lain2 kuih mereka tak mau.. koma dulu...

Monday, September 13, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Ni banyak ni sapa nak?

Kek Holicks Coklat Budak2 suka. Nak resepi sabarrr


Kek Lapis Asam Manis makcik2 suka


ramai orang tau buat ni



Biskut ni tak de nama pakai bancuh je.. janji sedap

Dah raya ke 4 tapi aku masih tak rajin nak kemas rumah ku ini yang dah tebal habuknya sawangpun dan mula berjalur2 tu aku hidang kuih raya sudi2 lah ye..

Wednesday, August 11, 2010

TART GULUNG



Raya jauh lagi tapi tapi aku buat testing dulu.. buat makan-makan ini aku perturunkan resepi buat sapa-sapa yang minat nak cuba tak susah resepi asal dari arwan bonda ku ..janji guna butter baik punya, pasti sedap,



BAHAN-BAHANNYA

250gm butter (aku guna golden churn)
2 tbs gula icing
2 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
Tepung gandum (aku tak pernah sukat ikut kesesuaian)

Jem nenas secukupnya di gentel bujur (resepi dah di perturunkan sebelum ini)

Menghasilkan lebih kurang 90 biji biskut

Caranya.
Kacau butter dengan gula icing, masukkan esen vanila di ikuti kuning telur kacau rata-rata
dan masukkan tepung gandum sikit-sikit sampai jadi doh.. jangan keras sangat karang sakit
jari nak tekan dalam acuan tart gulung tu
Masukkan doh dlm acuan tekan lebih kurang 2-1/2 inci letakkan jem dan gulung
letakkan atas loyang sapukan telur atasnya dan hiaskan ikut suka
Dah masak masukkan dlm paper cup dan simpan
SIAPPP..

Monday, July 19, 2010

JEM NENAS




Berikut cara nak buat Jem Nenas di rumah. paling senang cubalah... tak payah penat atau panas-panas duduk kat dapur. Sambil tengok TV dan lipat kain.. gitu. Aku telah mencubanya dan gambar ni hasil dari ku resepi sila ambil..
Bahan-bahannya
1 kg nenas parut =2 biji nenas
(guna parut kelapa pesen lama tu supaya nampak berserat kalau di blender nanti halus sangat)
350 gm gula pasir
1 tsp esen vanilla
3 titis warna kuning (aku guna kuning lemon)

Caranya
Masukkan semua bahan dalam rice cooker. gaulkan rata dan tekan cook biarkan, Jangan tutup periuk takut nanti melimpah pulak. Biarkan ia terus mendidih. Masa ni satu rumah bau aroma nenas sedap wooo. Bila api bertukar keep tutup periuk, sesekali tekan cook dan gaulkan, Tak perlu risau jem tidak akan hangus. (Aku biarkan saja jem tu dlm periuk aku masak dari pagi sampaiiiii petang baru aku tutup api.. dan puan-puan tengoklah hasilnya.. cantik kan..(puji senirik la)

PUDING FRUIT COCKTAIL



Sila sejukkan tekak...ehmmm... t.kasih Pn.Zainun haku dah buat dah ikut resepi ko
Sebenarnya haku sorang je yang suka sangat kat puding.. ni.. anak-anak ku ada la sikit2 rasa biasalah aku kalau buat tak reti sikit tu dia ambik ko se loyang.. habiskan sorang2
resepi nya sila lah..
(Bahan A)
1 tbs serbuk agar-agar
3 tbs tepung castard
3 tbs gula pasir (nak manis tambah le)
1 tin susu cair + Air (Jadikan 800ml cecair)
1 sudu kecil esen vanilla

(Bahan B)
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 tin buah cocktail (sejatkan airnya)
1/2 tsp strawberry emulco
1 cawan air buah cocktail

Caranya
1. Bancuh semua bahan A dah kacau atas api tanpa henti. bila dah pekat masukkan dlm loyang ke atau bekas kaca. Biarkan sejuk.
2. Bancuh pula bahan B kecuali buah cocktail dan didihkan atas api.
3. Taburkan buah cocktail atas puding(bahan A) tadi
4. Curahkan Bahan B dengan perlahan menggunakan sudu atas puding yg telah di tabur dengan buah cocktail tadi
Sejukkan beberapa jam. dan sedia di hidang. boleh juga di hidang dgn susu.

Saturday, July 10, 2010

Makaroni Goreng



Ini buat sarapan pagi tadi, buat bekal juga anak gi keja..resepi ni biasa-biasa saja kan kengkawan ibu mitali kat luar sana tentu dah biasa buat nak resepi ? Lain kali update aa.. malas lak nak tapi ni

CHOC CHIP SPOTTIES



Cookies yang jadi kegemaran anak-anak ku . Buat kunyah-kunyah sambil tengok tv nak ke? dah nak habis kalau suka resepi boleh dapat kat rumah MAKLANG tak pe haku tulis balik apa yang haku dah buat.
bahan-bahannya
(bahan a)
150gm butter
130gm gula halus (haku tukar gula perang)
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla

(bahan b)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (aku tambah 1 sudu besar serbuk koko kurangkan sikit tepung)
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/4 sk garam

(bahan c)
100 gm white cooking choc di dadu (aku tak letak stok tak de)
3/4 cawan choc chip (ada sikit jadi aku taruk kat atas je)
2 cawan cornfleks (blend jgn halus sangat) Ini aku tukar 1 cwn cornfleks 1 cwn oat)
1/4 cawan badam cincang ( aku tukar badam biji di bakar kejap dan aku kerat kerat)

Caranya
Pukul bahan a hingga gebu
Masukkan bahan b
Masukkan bahan c dan gaul rata
Adunan agak lembik gunakan sudu kecil dan letak dlm tray
Bakar suhu 150 selama 15 minit (aku bakar dekat 20 min)

(biskut ni kembang jadi jarakkan antara cookies takut bercantum lak nanti) buat sebesar duit seposen je
Kalau tengok haku nye aku buat besar-besar cepat siap... wakkkakaka
Boleh juga jadi list cookies raya...

Monday, July 5, 2010

ROTI MACAM PIZZA


Ini juga kejadian selepas masak mee goreng, Gambar ni ambil masa belum di bakar dah bakar tak de lagi le dah kena mamam tak sempat nak snap gambar. Di sebabkan roti ni terbaring tak de sapa peduli sebelum manapos lebih baik aku pelbagaikan la jadi apa je.. haaaa jadi mcm ni la
Rasanya ala-ala pizza gitu anak-anak ku kata sedap habis licin tak berbaki.
Kalau rasa-rasa ada roti prancis yang baring lama sangat tu cuba-cuba la ye resepi ni .. salin
bahan-bahannya
1/2 isi dada ayam di kisar
1 biji bawang holand di potong kecil2
1 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu kecil oregano flakes
1 sudu butter
garam secukup rasa
Kisar isi ayam. Panaskan butter dan masukkan bawang di ikuti isi ayam ladai hitam oregano dan garam masakkan sekejap shj sejukkan
Sediakan
roti di potong serong (sukahati la nak banyak mana)
sapukan sos spegheti di atas roti taburkan isi ayam tadi,
taburkan juga lada benggala
dan taburkan cheese (aku guna slice cheese sebab itu je yg ada dlm esbok)
Panaskan oven 200'c dan bakar dlm 10 minit sehingga cheese cair dan sedia
di hidang..
Selesai dah lepas ni anak ku dah pandai buat sendiri

MEE GORENG KERANG SEMPOI


Nak ajak makan pun dah selesai dah... buat ni masa hari ahad pagi.. tak tau dah nak pelbagai apa untuk buat sarapan. tengok la resepi ni .. kalau-kalau berhajat nak cuba
bahan-bahannya.
1 kg me kuning (kes tamak nak buat banyak aje)
1 mangkuk kerang rebus (buang kulitnya ) (mangkuk kecil le)
1 mangkuk udang
1 biji buah tomato
4 rumpun sawi di potang ikut suka
300 gm taugeh (buang ekornya)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tomato
1 kiub ikan bilis
3 sudu cili kisar
4 ulas bawang putih di ketuk
2 buku bawang besar di hiris
Minyak untuk menumis

Caranya
Basuh mee kuning dan toskan dulu
Tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan cili kisar di ikuti dengan sos tiram
kicap pekat, sos tomato, kiub ikan bilis. masukkan sedikit air
masukkan pula udang dan kerang dan tomato yg di potong kecil rasa kesesuaian sedap masukkan mee di ikuti dengan sayur sawi
akhir nya masukkan taugeh gaulkan dan padamkan api. sedia untuk di hidang

(sorry aa kalau resepi ni biasa-biasa saja. aku tuliskan ni supaya anak-anak lale ku itu boleh masak mee goleng selupa haku nye sedop woo)

Tuesday, June 15, 2010

KEK CHEESE CHOKLAT




(KEK COKLAT HEMPEDU) nama untuk sementara je
Napa haku bagi nama Kek Coklat Hempedu ? sebab pahit sangat wei... terasa betul coklatnya
Tu la sebab derhaka pd resepi asal. gebunya dah elokla tapi. pepandai aku oter tambah serbuk koko.. banyak pulak tu tap pe.. tak pe.. lain kali aku oter lagi. nak resepi? ohhh jangan dulu aku takut nak beri.. nanti ada karang yang mintak balik modal kat aku. kalau dah siap haku nya R&D aku taruk resepi kat sini..

Thursday, June 10, 2010

POPIAH CRAB STICK




Jemput sarapaan. pagi ni macam terajin sikit tu yang buat popiah
tambah crab stick ehmmm.. sedap.. bawak opis sikit,

SAMBAL UDANG KERING


Sambal udang kering ni bawak kat opis, utk makan dengan bubur nasi
sedap wei.. macam serunding udang kering tapi buatnya amatlah mudah
amik resepi ni..
bahannya hanya
100 gm udang kering
3 biji lada merah
10 biji cili api merah

mula-mula
panaskan minyak dan goreng udang tu sampai garing angkat dan toskan minyak
goreng pula lada merah dan cili api (belah lada tu takut nanti meletup kena muka)
lepas tu blend kering..
dan boleh hidangkan dgn bubur nasi..

Sunday, June 6, 2010

MARBLE CHEESE CAKE



Sorry la cheese cake ni lupa bersolek.. keluar-keluar bogel je macam tu kes malas la ni


Resepi ni dapat masa pegi ngintai kat rumah JASMEEN minta halal ye meen pakai ambil je.. Resepi ni ha aku tulis semula
bahan-bahannya
(Bahan A)
250gm cream cheese (suhu bilik)
50 gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 sudu besar tepung jagung
1 tsp esen limau (guna jus lemon lagi sedap)

(Bahan B)
3 biji putih telur
50 gm gula kastor
1 tsp cream of tartar

Sedikit coklat masakan atau choklat emulco (buat lorek atas kek)

Caranya (a)
Mixer cream cheese - sampai gebu masukkan gula mix lagi
masukkan telur kuning satu persatu di ikuti tepung jagung dan esen oren dan siap biar kat tepi kejap

(b) Putar putih telur + cream of tartar sampai kental masukkan gula dan putar lagi
sampai soft peak

(c) Masukkan sebahagian adunan putih telur dlm adunan cream cheese gaul dgn spatula pelan-pelan kemudian masukkan sebahagian lagi, jgn kasar-kasar kerja tu

(d) masukkan dlm loyang yg telah di alas dgn kertas baking.
Lorek sebelah atas ikut suka hati sendiri nak lukis macam mana

(e) bakar dlm suhu 170'C secara bainmarie selama 40 minit

(f) sepuluh minit terakhir tutup kek dengan tutup periuk takut nanti terlalu garing pulak
sebelah atas,

(g) dah masak bukakan pintu oven dan biarkan kek sejuk dulu
bila dah sejuk masukkan dlm petiais pulak kasi lagi sejuk dan boleh la di hidang kan
sodap wei..

Simple Marble Cheese Cake





Ari ni beday haku.. kek buat sendiri wish sendiri and makan sendiri,, sedey nya tak sorang pun tahu kat rumah ni.. dapat wish sms.. suspen je.. dari Jusco ingat juga ye..wakakaka...
Apa nak sedey ye.. dah pangkat makcik2 ni.. Ha tu lopong mulut tu napa terhingin ye?
tengok blueberry tu leleh leleh Ha ambik resepi ni buat senirik...Resepi ni pun haku tak ingat sapa punya tak pe lain kali aku bagi di punya link.. Resepi ni rasanya senang wei..

Bahan-bahannya
250gm cream cheese
1 cawan fresh cream (Aku guna 1 cup plain yogurt + 1/3 cawan fresh milk)
2 sudu besar jus lemon (1/2 biji jus lemon)
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur gred B
90 gm gula pasir (aku guna 100gm)
1 sudu kecil coklat emulco

Cara-caranya
1. Panaskan oven 175 degree. sapukan loyang bulat 8 in dengan butter dan alaskan dgn kertas minyak
2. Masukkan semua bahan kecuali coklat emulco dlm mangkuk dan putar
(Cara aku pulak aku putar cheese dgn gula dulu dah sebati di ikuti telur kemudian susu/yogurt
sebab aku ada mixer kecik je)
3. masukkan dlm loyang. tinggalkan dua sudu dan campurkan dgn coklat emulco masukkan dlm piping bag dan lorekkan bhagian atas adunan .
4. Bakar secara waterbath selama 45 minit
5 Simpan dlm peti sejuk semalaman..
6 Nak makan macam tu boleh nak letak blueberry atasnya lagi sedap..

KERABU SEGAR



Wehoo. dh makan ke belum tak kan belum kan dh nak petang, Aku suka lauk macan gini tak de minyak langsung pakai gaul-gaul je tengahari ni buat kerabu pulak resepi ni dapat dalam buku Alaf21 tajuk Kerabu&Sambal kalau berkenan ha salin resepi ni Aku sendiri tak pakai penimbang pakai agak-agak je
bahan-bahannya
300gm taugeh -buang ekornya
200 gm pegaga ambil bhg daun (aku guna sampai akar sekali)
200 kacang botor (ini aku tak de)
50 gm udang kering - rendam dan kemudian di tumbuk
2 batang serai di hiris halus (aku guna sebatang serainya gemuk)
2 sudu kelapa di goreng tanpa minyak
2 biji limau nipis (yg ini aku pakai lemon)
2 sudu kerisik
1 biji bawang besar di hiris
5 biji cila api (nak lebih pun boleh)
1 biji lada merah dan hijau
garam dan gula secukupnya

Caranya.
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula
perah air limau nipis, dan hidangkan terus,

Saturday, June 5, 2010

CURRY PUFF



Buat mengunyah petang-petang sabtu, resepi paling senang, inti je buat kulit nya beli
jenama kawan kalau nak resepi tengok kat CMG minta halal ye En Mat derhaka pada rupa puff
tu tak ikut bentuk kueh tuan rumah punya..sesuka aku je nak bentukkan.

Friday, June 4, 2010

TAUHU POKET




Resepi ini sikit lagi jadi jeruk.simpan lama sangat.disebabkan nak layan tekak yang terhingin sangat nak makan tahu camgini jadi kemalasan yang melanda tu, haku buang kat tepi dulu
Aku tengok resepi ni masa jenjalan kat rumah K.NOR . Bila dah buat sendirik baru tahu yang
tahu poket ni teramatlah sedap. Tak payah makan nasi lagi dah kenyang.


Nak resepi salin la ye ni dah aku ubah suai ikut suka hati ku

BAHANNYA,
5 keping tahu
50 gm udang di cincang halus
1/2 biji bawang merah di racik halus
1 inci carrot di hiris halus
1/2 biji telur
1/4 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit garam

CARANYA
Tahu di potong 2, kemudian korek isinya
Isi tahu yang di keluarkan tadi di hancurkan dan gaul dengan bahan bahan yg lain tadi
Sumbatkan semula bahan yg di gaul tadi ke dalam tahu
Kemudian goreng terendam dalam minyak yg panas
Lepas tu boleh la mamam dengan sos. atau buat lauk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...