Monday, February 21, 2011

KEK UBI KAYU


Kuih ni buat malam tadi tapi pepagi nak pegi keja tu tak sempat nak masukkan siap-siap potong snap gambar jab masuk tipuware dah pegi.. Napa entah resepi ni namanya kek tapi sebenornya bila buat bingka tapi tak pe lah rasanya memang sedap, lemak dan manisnya sedang je. Kalau pernah makan bingka ubi kat Sedap Corner di JB masa dulu2 tu serupa la rasa dia. bukan sekarang punya hancuss ketotol buat baling anjing pun benjol..waaaa busuknya bahasa aku.. hahaha... Buat My best friend Mrs ZID yg tak dapat rasa kuih ni pagi tadi pegi audit katanya sorry lain kali lah rasa ye. Aku tak ingat ambik resepi ni kat rumah sapa, minta halal kalau sapa punya resepi pls bagi coment nanti aku link kan ok

Salin resepi kalau nak cuba buat

Bahan-bahan

4 cawan parutan ubi kayu siap di perah (aku timbang lebih kurang 1 kg)
1 cawan gula pasir (aku masukkan 1 1/4 cawan)
2 cawan santan pekat (aku guna santan kotak)
1 cawan susu cair (aku guna susu sejat carnation)
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter
2 tsp baking powder
1 tsp vanilla (aku guna vanilla jenis serbuk)
2 titik warna kuning

Caranya
Panaskan ketuhar pd suhu 190 lenserkan loyang 8X8 dengan butter(aku guna loyang 9X9
Pukul gula butter dan telur sekadar sebati semuanya
masukkan ubikayu parut baking powder vanilla santan susu cair dan pewarna kuning serta garam gaulkan sebati
Tuang ke dalam acuan dan ratakan bakar selama 1 1/2 jam api atas bawah (ini cara aku buat)
Tunggu sejuk baru di potong.. nyamannn



Saturday, February 19, 2011

SLICE CHEESE CAKE



Kek lagi... aku suka tu yang buat ..lagipun bahan ada godeh2 jadi..tak kiralah bosannya apa nak tulisni otak beku tak de idea resepi ni dah lama print tapi simpan je resepi asal tengok Onigiri
dan Hana (tapi hana tukar rasa pandan )kalau suka resepi kat bawah ni aku copy

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm ) *(aku guna 18cm=7in)

  • 4-5 keping slice cheese *(aku guna 5 keping)
  • 200 ml susu segar *(aku guna susu fullcream)
  • 70 gram butter atau marjerin *(aku guna butter)
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M*(aku guna telur A)
  • beberapa titik esen vanila *(aku guna jus lemon 1tsp)

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
pssss. mana-mana ada tanda *( ini aku ubah

APAM SALJU @ APAM BERAS

Minum petang jom... buat apam ari ni kita..tengok resepi kat rumah YATIE dan HANA walaupun aku selalunya terlambat buat daripada mereka tapi tak kesahlah.. janji sedap.
Resepi aku copy dari
cha myresipi.com

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi sejuk (jgn guna nasi dari beras wangi)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (aku gunakan semua gula putih)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.(campur nasi dgn sedikit air dulu dan tambah2 air lagi)
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.Pastikan adunan dah naik lepas tu baru la nak + apa-apa colour
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

tipssss.. Acuan sapukan dengan minyak dulu, acuan kosong tu kukus 2-3 minit keluarkan dan isikan dengan adunan selamat mencuba..

Tuesday, February 15, 2011

MACAROONS

Yahooo.. dah bole buat macaroon,percubaan pertamaku menjadi aku tak letak pewarna pun lain kali lah, ingatkan susah sangat tak de makne pun..guna tangan je haaa ye la tak kan guna kaki pulak..hehehe Aku dapat resepi ni masa jalan2 kat rumah RIMA resepi asal tengok kat SINI. tapi dia cakap orang putih, aku buat2 faham.. sorry rima. Akak gurau, Aku tuliskan balik cakap melayu pulak,yo.. kalau silap sendiri betulkan ye maklumlah makcik skola atap kat balairaya je

Bahan-bahan
(Swiss Meringue)
80 gm putih telur (2 biji telur besar je)
65 gm gula kastor

80 gm badam kisar (kisar halus2)
140 gm gula ising (di ayak 2-3X)
1/2 tsp lemon juice

intinya
100 gm dark chocolate
50 gm wipping cream

(bahan inti mcm atas ni aku tak de aku ganti dgn Jem nenas dan peanut butter "tak suka...
ada aku kesah...aku yg buat dia)

Caranya
Alaskan loyang dengan kertas baking, gunakan penerap biskut bentuk bulat dan tandakan di kertas baking tersebut dengan mencelup dlm tepung atau coklat dan tekap atas kertas baking
betulke ayat ni...
Campurkan putih telur dengan gula kaster dan gaulkan dlm mangkuk dan di dalam bekas berisi air panas sampai gula larut (dan angkat) bahan ni panas suam2 kuku
Masukkan dalam mangkuk pengadun campurkan lemon juice dan putar dengan kelajuan sederhana sampai medium peak (tak reti nak translate) tanduknye tak tinggi sangat gitula gamaknya kalau nak campur dgn pewarna serbuk boleh lah masa ni
Dah siap bab ni gunakan spatula gaulkan pula dengan serbuk badam dan gula icing sampai rata
jangan terlebih mengaul pulak. Adunan ni macam kek je.
Masukan adunan dalam piping bag dengan nozel bulat. dan pamkan atas dulang tadi.Selepas itu rehatkan dulu adunan ni 20-25 Panaskan Oven dengan suhu 150C Dan bakar selama 12-15 minit bergantung pd oven masing2
Dah masak keluarkan dari oven, Susah nak tanggalkan dari kertas baking, Angkat kertas baking dan spraykan dengan air bawah kertas baking biarkan beberpa saat dan tanggalkanlah cookiest tu dan letakkan di atas redai.. dah siap intinya letakkan apa yang patut aku ingat nak bubuh nuttela je tapi kat kedai tak de lah.Yang penting biskut tu jadi..Ya ampun kalau alihbahasanya kurang jelas.. Inilah cara yg aku buat...jamin jadi lah.. ikhlas** ROSSALLE**



Ini macaroons masih dlm oven sedang di bakar..

Saturday, February 12, 2011

KEK DURIAN

Kek Durian" mesti ada yg tanya mana dapat durian kan bukan musim sekarang ni.. Sebenarnya aku gunakan durian yang aku frozenkan dan lama dah taun lepas masa musim durian tapi masih baik punye.Sebut pasal frozen aku juga ada frozenkan cempedak dan mangga bila time nak buat cake tak payah tunggu musim buah . tak gitu? Tak boleh tahan bila jenjalan kat blog SINI... Memang sedap kek ni lembut lembab dan gebus lagi..bagi orang yg suka durian macam aku ni..resepi aku copy minta halal pd empunya resepi tengok kat bawah

Bahan-Bahan
  • 250gm mentega
  • 125 gm gula kaster - sy kurangkan sikit
  • 1/2 camt vanila
  • 4 biji telur
  • 125 gm isi duruan yg di purikan (blander isi besama susu) kalau mls lebur je isi durian dlm mixar kata kak Ida (Rose campurkan dgn 1tbs susu pekat dan gaul je dgn isi durian)
  • 200 gm tepung naik sendiri - diayak
  • 50 gm tepung gandum - diayak
  • Putar 3 bahan utama hingga gebu
  • Masukan sebiji- sebiji telur dan putar hingga kembang
  • Bubuh puri durian, bahan di ayak kacau sebati
  • Ratakan adunan dlm tin 20cm bulat yg di lenser dan alas dgn kertas minyak
  • Bakar pada suhu 170'c selama 40- 50 minit
  • kalau suka letak coklat chip diatas- saya putargkn lebihan puri durian diatas adunan
  • (Rose letak taburkan badam hiris)

Nak cepat nya pasal potong asal bole je..

Tuesday, February 8, 2011

LABU KANGKUNG MASAK LEMAK

Resepi ni biasa-biasa saja.. ada kesah? loya ke! gasaklah Aku suka labu, tu yang berturut2 post pasal labu jek. kali ni aku masak lemak labu berkangkong bagi aku sedap lah. Makan pulak dengan nasi panas ada ikan masin dan sambal belacan dengan ulam tenggek burung haaa. pelik eakkkk Tak tau .. tanya orang2 lama. (
Resepi Macam ni (Ini salah satu cara masak lemak yg aku buat)
Masakan melayu ni kita yg buat dia ikutlah cara masing2

Bahan2nya500 gm labu (kopek dan potong kiub)
I ikat kangkong potong panjang-panjang (sukahati nak banyak mana)
*2 sudu makan ikan bilis
*3 biji bawang kecil
*1 biji bawang putih
*5 biji cili api (tak usah pedas2 sangat)
*1 inci kunyit hidup
*3 hiris halia
1/2biji kelapa jadikan 3 cawan (1santan pekat 2 santan cair)
(Kalau suka lemak 1 biji kelapa pon boleh gak)
Garam secukupnya
Pak Aji Naik Moto (Boleh abaikan kalau tak mo)

Caranya
Tumbuk semua bahan bertanda *
masukkan dalam periuk diikuti dengan labu halia dan santan santan cair Masak sambil di kacau selalu supaya santan tak pecah minyak Aku tak suka kacau tapi sentiasa goyangkan periuk supaya labu masih nampak cantik bila masak nanti. Cucuk labudgn garpu, bila dah macam lembut masukkan santan pekat bila didih masukkan kangkong garam dan pakaji. Dah cukup rasa angkat periuk, Labu akan jadi tambah lembut sebab santan masih panas. Ikhlas **ROSSALLE**

Sunday, February 6, 2011

Kueh Bingka Labu


Kuih untuk bawak office ada meeting ari ni, merajinkan diri memalam tengok2 kat dapur ada tak bebenda yg tak laku2, ternampak ada labu yg dah 2 minggu buat sendal pintu heheh..kasi belah tengok waaaaa.. cantik apa lagi projek dah nak mula la.. Ini olahan sendiri, sedapla terasa kelabuannya bahasa apa aku pakai ni gasaklah ada aku kesah. Biasanya aku kalau kueh melayu jenis mcm ni tak suka taruk telur. bukan apa entahlah tekak dah semakin matang ni tak lalu pulak bila kuih tu kalau terdedah lepas tu ada bau hamis telur.. weakkk..muntah O..olok salin ye kalau suka jika rasa banyak adunan ni kurangkan jadi separuh la ..

bahan-bahannya
700 gm labu kuning (timbang selepas di kopek tau biji buangle) tak payah rebus atau kukus
400 gm tepung gandum
300 gm gula pasir
1/4 sudu kecil garam
1000 gm santan (aku perah drpd sebiji kelapa+air)

Caranya.
Potong2 labu tu masukkan dlm blander + sebahagian santan kisar bagi halus dan sebati
Masukkan dalam bekas campurkan tepung +gula+garam dan baki santan gaulkan sampai rata
Panaskan oven suhu 200" atasbawah Sapukan loyang 9X9 dengan minyak sapi atau butter
masukkan loyang kosong dan oven dlm 10-15 minit keluarkan dan isikan adunan tadi
dan bakarlah sampai masak aku bakar selama 1jam 30 minit, biar sejuk betul2 baru potong . Ikhlas dari ROSSALLE

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

sape nak join click gmbr kat atas tu.

Thursday, February 3, 2011

CHOC. CHIP SPORTIES



Cookies ni buat masa cuti2 thn Baru Cina tak de apa nak buat aku ambil resepi ni dulu kat maklangazie.blogspot.com tapi bila aku nak link kan dah tak de pulak resepi ni kat situ jadi mohon kemaafan yang tak terhingga dan halalkan resepinya. ke aku yang rabun tak nampak resepi tu aku salin balik ye
bahan-bahannya
A
150gm butter
130gm gula halus (aku guna 1/2 brown sugar 1/2 gula kastor)
1 biji telur
1 tsp vanilla (ini aku tambah sendiri)

B
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum je)
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp garam
(Bahan ini di ayak atau campurkan)

C
100 gm white cooking choc. (aku tak masukkan stok tak de)
3/4 cawan choc chip (aku ada 1/2 cawan je)
2 cawan cornfleks kisar jgn halus (aku ramas lebih kurang je)
1/4 cawan badam cincang (bakar kejap)

Caranya
Pukul butter + gula sampai gebu masukkan telur dan pukul sampai sebati
masukkan bahan B yang di ayak gaulkan kemudian masukkan bahan C gaulkan sebati adunan ini lembik dan melekit
oleskan loyang dengan butter, sudukan adunan sebesar duit 10sen dan letakkan dlm loyang,jarang2 kan sebab adunan ini mengembang bakar dengan suhu 175 selama 12 minit
(aku bakar suhu 170 selama 18 minit) dah masak keluarkan biskut dari loyang dan letakkan atas redai supaya cookies ni terasa kerupp kerapp bili di ggigit.. cubalah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...