Sunday, November 28, 2010

KEK COKLAT KUKUS



Kek coklat kukus paling sedap pd tekak aku dan paling senang nak buat resepi asal kat sini
lembab lembut tak tau nak cakap la cuba buat senirik ajarkan pd budak sekolah rendah masa cuti sekolah ni pun boleh pandai
tak caya tengok resepi kat bawah

Bahan2nya
2 cawan tepung blue key(tepung beserbuk penaik)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 tsp vanilla (ni aku tambah sendiri)
1 cawan air panas

Caranya
Siapkan dan panaskan pengukus Sediakan loyang 8x8x3 (jenis lain pun boleh
Campurkan bahan yang kering dulu (tepung+gula kastor+milo+serbuk koko+)
Gaulkan masukkan telur susu pekat dan air panas juga minyak masak gunakan wisk
je bila dah rata tapiskan supaya lagi halus dan masukan dlm loyang tutupkan dengan
aluminium foil dan sedia untuk di kukus pastikan air dlm kukusan telah mendidih
Kukus la sampai masak (aku kukus 2 jam gerenti masak tak payah cucuk2)

Monday, November 22, 2010

GAMBAR JE


Ini kueh ha... tak tau apa nama, rasanya macam swissroll
tapi dah ubah bentuk jadi bulat lepas tu kepit dengan cream dan buah2an
Ni kueh dapat free la..Nanti kalau dah dapat resepinya aku tulis ye, Macam
aku boleh buat ni..hahaha


Sayur ari ni, Hubby kata macam lauk org Yepun tak di jamah nya
tak pe anak2 pempuan dlm rumah ku paling suka lauk tak berapa nak masak ni
dah habis pun..

Thursday, November 18, 2010

LAPIS LENGIT ECONOMIC


Aku suka sendiri tengok kek ni, tapi kat rumah penghuninya macam tak pandang
mereka semua tak suka akan rasanya yg ada rempah tu. tak pe simpan dulu dlm
esbok esok keja.. boleh bawak office





Sila salin resepi kalau berkenan resepi asal tengok kat SINI aku tulis balik ye ikut
kesesuaian citarasa ku
Bahannya A
75gm guna kaster
550 gm butter (aku guna Golden Churn)
1 sudu makan vanilla
20 gm susu pekat manis (lebih kurang 2 tbs)

Bahan B
450 gm kuning telur (aku guna 25biji kuning telur)
50 gm gula kaster

Bahan C
300 gm gula kastor
350 gm putih telur ( ini aku timbang lupa nak kira berapa biji)

Bahan D
50 gm susu serbuk (aku guna omega)
140 gm tepung gandum (aku guna tepung Hong Kong)
20 gm tepung jagung
3 sudu rempah spekuk (aku guna rempah kek lapis nona)
(Semua bahan D di ayak sekali)

Loyang 8X8X4
Satu lapis adunan 80gm

Caranya
Bahan B kacau dengan wisk tangan je
Bahan A Putar dengan mixer sampai adunan gebu, masukkan adunan B sedikit sedikit
sampai habis.. Stop
Putar bahan C sampai kaku . Gaulkan dengan bahan AB tadi, Masukkan bahan D
Sediakan loyang masukkan adunan 80gm shj dan bakar dengan api atas 5-7 minit
Suhu 180-190 ikut oven memasing. Dah masak satu lapis tekan dengan penekan
dan boleh juga sapu dengan butter cair lepas tu tuang adunan lagi.. buatlah sampai habis
jenuh wei..sebab itu kalau buat kek lapis jangan buat satu loyang je bosan depan oven
Sebab tu haku buat mesti 2 buku sekali gus...

KEK LAPIS HOLICKS-MILO



Kek ini di buat sempena menyambut Aidil Adha.Lama tak bersiaran Resepi asal boleh
tengok SINItapi aku tulis balik la ye sila tengok Ambik gambar pun kek ni tak solek tak de
bunga-bunga lepas potong terus snap.. boleh...gitu

Bahan-bahan
10 biji telur (aku guna saiz A)
16 oz mentega (aku guna 500 gm butter GC)
200 gm gula kaster
240 gm tepung gandum (aku guna tepung Hong Kong)
100 gm Holicks
100 gm milo (aku guna 50gm milo + 50gm serbuk koko)
1 tin susu pekat (397gm)
1 tbs ovellate (ini aku tambah)
1 tsp vanilla (aku tambah sendiri)
50 gm jem strawberry (aku suka nak letak)

Caranya
Pukul butter + gula kaster +ovellate + vanilla sampai kembang
Masukkan telur satu persatu pukul lagi sampai pekat dan rata
Perlahankan mixer, masukkan susu pekat di ikuti dengan jem masukkan
tepung gaulkan dan bahagi dua
satu bahagian masukkan holicks kacau rata, satu bahagian lagi masukkan
milo dan serbuk koko yang telah di ayak , sediakan loyang 8X8X3 cara
melapis terpulang cara sendiri samada dua lapis holick dua lapis coklat
atau macam haku buat selang satu satu ( laa mcm mana aku nya bahasa
ni..faham ke.. ) satu lapis adunan mentah 100gm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...