Sunday, September 26, 2010

KEK LAPIS PRUNE



Ini projek ari ahad, lepas subuh dah mula membaking buat 2 buku sekali gos, kononnya nak bawa buat majlis sambutan ari raya kat opis, satu lagi kek tak payah tunjuk la kek lapis asam manis biasa sangat dah,, resepi kalau terbekenan salin la ya kat bawah ni

bahannya
bahan A
25 biji kuning telur
5 biji putih telur (ini aku sendiri taruh biasalah derhaka pd resepi asal)
240 gula castor
*100 gm tepung hong kong
*1 tsp rempah kueh
*1 tsp baking powder ( aku tak tau napa kek lapis ni ada baking powder?)

(campurkan 3 bahan bertanda * -di ayak)

Bahan B
450 gm butter (aku guna golden churn + butterlite)
5 tbs susu pekat manis
1 tbs ovellete

Bahan B
340 gm prune di hiris lebar (suka hati sendiri kalau nak banyak2)


Caranya
Sediakan loyang 8x8x4 disapu butter dan alas dgn kertas baking
Putar bahan A sampai kembang (kalau pakai hand mixer putar telur dulu dah kembang masukkan gula dah kembang betul baru masukkan bahan di ayak.. siap ketepikan dulu
Putar pula bahan B sampai gebus dan
kemudian campurkan bahan A dan B kacau dgn spatula je tak perlu putar
Panaskan oven 190-200 gril shj api atas ma (ikutlah korang punya oven)
Bakar selapis-selapis selepas habis lapis ketiga di bakar susun prune mcm contoh gambar dan
lapiskan lagi dgn adunan tu. Buat lah sampai habis
Pada lapisan akhir.. tukar kepada api atas dan bwah turunkan suhu pd 170 dan bakar selama
lebih kurang 20-25 minit.
Tips.. Keluarkan kek drpd oven biarkan kek dlm loyang selama 15 minit lepas tu
terbalikkan kek atas redai dan biarkan terbalik macam tu sampai sejuk
kek akan nampak cantik dan rata.....wahhh.. dah lebih bagi ni..

Friday, September 17, 2010

CHOCOLATE HAZEL NUT BALL



Baru buat malam tadi, atas permintaan anak2 yg nak bawa balik ke asrama resepi biskut ni dah lebih 10 tahun ku simpan pemberian rakan ku Kak Sakinah yg dah pencen dan balik ke Kota Bharu Kelatan. Tiap tahun memang tak miss buat biskut ni. Minta halal ye Kak Nah sebab nak tulis resepi dlm blog ni..
resepi :
250 gm butter
225 gm tepung Hong Kong
100 gm kacang hazel bakar dan kisar
70 gm gula icing
50 gm tepung beras
1 sudu teh esen vanilla
Kacang hazel (whole) bakar secukupnya
250 gmCoklat masakan atau secukupnya

Caranya
satukan butter + buter+ esen vanilla kemudian masukkan 2 jenis tepung dan hazel di kisar jadikan doh biarkan sebentar (kalau lembik tambah sikit tepung HK)
Ambil sikit doh isikan kacang haxel sebiji dan letakkan dlm loyang bakar lebih kurang 18minit
suhu 170 ikut la oven masing2 ye dan siap sejukkan masukkan dlm papercup curah coklat dan hias ikut suka

p/s biskut ni tak pakai telur ye
Menghasilkan lebih kurang 160 biji..



Thursday, September 16, 2010

BISKUT RAYA











Ini adalah sebahagian drpd 10 jenis biskut raya yg aku dapat free drpd My SIL yg rajin dan creatif membuat biskut raya. Semua biskut raya nya haku suka sebab sedap dan ada copFREE Lagi 5 gambar biskut tak sempat nak snap dah habis la...Tapi tak kesah la.. janji tiap taun aku punya dia tak lupa...

Wednesday, September 15, 2010

TAPAI PULUT BANJAR



Mungkin pelik sikit sebab warna ijau, tapi itulah istimewanya tapai pulut banjar ni, selalunya tapai ni di hidangkan pada masa Hari Raya. Rasanya waduh.. manis bangat.kadak incaan (tak faham? diam je lah..).kalau dah sejukkan dlm esbok lagi sedap manisan ni warna hijau tu dari daun pucuk manis (daun cekor manis) yg di kisar dan jus nya di campur dgn pulut. Cara buat tapai ni aku belum mewarisi lagi nanti lah bila senang. Ini pun aku dapat daripada pemberian kakak ku yg dah expert buat tapai belajar drpd arwah ibuku...dulu-dulu masa aku kecik2 kalau tamu datang rumah ku yang di cari tapai ni lah.. lain2 kuih mereka tak mau.. koma dulu...

Monday, September 13, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Ni banyak ni sapa nak?

Kek Holicks Coklat Budak2 suka. Nak resepi sabarrr


Kek Lapis Asam Manis makcik2 suka


ramai orang tau buat ni



Biskut ni tak de nama pakai bancuh je.. janji sedap

Dah raya ke 4 tapi aku masih tak rajin nak kemas rumah ku ini yang dah tebal habuknya sawangpun dan mula berjalur2 tu aku hidang kuih raya sudi2 lah ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...