Thursday, December 31, 2009

cupcake..


hurm..
cupcake suka-suka jerk...

happy new year..

juz nak wish eppy new year 2010...
have a nice new year...

Monday, December 14, 2009

Kris Dayanti - Aku Wanita Bias.mp3 - LoudTronix.com - Free MP3 Downloads!

Kris Dayanti - Aku Wanita Bias.mp3 - LoudTronix.com - Free MP3 Downloads!

Posted using ShareThis

Wednesday, December 9, 2009

BLUEBERRY CHEESE TART
















Buat Cheese Tart ni dah beberapa kali baru ni dpt nak masukkan dlm blog.... buat banyak sampai jemu pulak nak habiskan.. nasib baik ada geng-geng kat office tak sempat nak basi le...

Sunday, November 1, 2009

OLE-OLE utk PENGANTIN




Majlis perkahwinan anak saudara sebelah suami, Tak tahu nak beri apa. hanya kek-kek lapis
kek lapis yg d bg...
  • kek lapis asam manis
  • kek lapis tembikai
  • kek lapis seri kaya

Monday, May 4, 2009

MARBLE CHEESE BROWNIES


Brownies ni dah 3 kali buat baru ni nak masukkan kat sini.. asyik tak sempat je nak ambil gambar..anak-anak ku cakap sedap sangat..masuk dlm mulut lepas tu rasa keserasian antara coklat dgn cheese ngam sungguh..
resepi nya ini ha...ku ciluk drpd blog jasmeen..
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor 1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

KEK PISANG EASY

Kek Pisang Easy ini aku ambil .daripada telatah. com resepi nya aku lampirkan sekali cubalah pasti tak mengecewakan.

Bahan-bahan
5 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang di lecek (ku guna pisang montel)
3 tsp bicarbonate of soda (ku guna 2 tsp je)
1 cawan minyak masak (ku guna butter cair)


cara-caranya
Pukul telur dan gula sampai kembang
masukkan tepung sedikit sedikit (ayak dulu dgn soda bicarbonate)
masukkan pisang lecek
masukkan ovallete dan minyak
Bakar 180 dgn loyang 9x9x3 lebih kurang 45min - 1 jam

Monday, March 30, 2009

KEK LAPIS PUTIH TELUR


Projek semalam sayang tengok putih telur banyak dalam petiais. Daripada terbiar boleh di jadikan kueh.. Resepi asal dah lupa dari mana ku ambil. Berikut resepi yang telah Ros ubah mengikut kehendak ku
Bahan-bahannya:-
Bahan A
500gm Putih Telur (10 biji putih telur A+)
180 gm Gula Kaster
1 sudu makan Ovelette
1 sudu makan Perisa Yam (Keladi)
Bahan B
250 gm Butter (Guna yg baik le nak sedap)
4 sudu makan susu pekat
Bahan C
180 gm tepung Hongkong
20 gm susu tepung (aku guna susu omega) lain-lain jenis pun boleh
pewarna ungu
Caranya.
Putar bahan A hingga berbuih (soft Peak)
Dalam bekas lain putar bahan B sampai kembang
Satukan bahan B ke dalam bahan A - putar sampai sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil putar perlahan di ikuti susu tepung
Bahagi kepada dua bahagian 1 bahagian warna asal dan 1 bahagian warna ungu
Bakar selapis-selapis, dengan api atas, setiap lapis guna lebih kurang 7 sudu (1/3 cawan)
Gunakan loyang 7 X 7 X 4
(Menghasilkan 8 lapis)
(Tak percaya buatlah ini resepi betul-betul beri tak tipu punya)

Sunday, March 15, 2009

KEK LAPIS TEMBIKAI





Kek lapis Tembikai, kek ini rasa honeydew =. (jus HD + parutan HD)

Wednesday, March 11, 2009

KEK BIRTHDAY NAQIB

Pada 25/Feb yang lepas anak bungsu ku menyambut hari lahirnya yang ke 9 tahun..Jadi aku buatkan kek besar untuk nya.. tapi taklah cantik mcm dikedai tu.. walau apapun dia puashati janji ada kek..dan yang pasti (puji sendiri) kek ini sedap.. ada rasa vanilla dan choklat...
Kek ini kurang menarik sebab masih panas lagi dah di potong, coklatnya masih belum keras lagi itu yang nampak sememeh je,
walaupun begitu anak-anak ku memuji kek ini sedappppp...

KEK LAPIS KANDOS CHEESE

Dah lama tak tak tulis apa dlm blog ni, sibuk sikit, lagipun 2 orang puteri ku tak tinggal bersama masing-masing duduk di asrama, sunyi juga, kalau tak bila-bila masa nak buat kek atau apa-apa

masakan tak payah susah-susah buat sendiri

Sunday, February 1, 2009

Kek coklat


Sorry resepinya saya dah tak ingat, yang mana satu resepi ini pun saya cilok daripada tukang masak alamaya, rasa boleh tahan sedap, dan lembab, kalau nanti terjumpa balik resepi tu akan saya masukkan

Banji & Swissroll



Ini projek malam tadi permintaan puteri ku yang suka sangat dgn swissroll. Resepi kalau sesiapa yang berminat boleh dapatkan nya dlm blog maklang azie. (Di bawah ku copy drpd Maklang). Ini entah yang keberapa kali buat mungkin tak cantik tapi cukuplah bagi memuaskan hati anak-anak ku..
Kek Gulung/Swiss Roll Batik Sumber :
Apek
Bahan-bahan 6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor 1
sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair sedikit
coklat emulco jem strawberri
Step 1 Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
Step 2 Adunan dah gebu akan jadi camni
Step 3 Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
Step 4 Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag Step 5 Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
Step 6 Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
Step 7 Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak
Step 8 Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
Step 9 Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
Step 10 Dah gulung, bolehlah dipotong camni
*******
Tip daripada ku sendiri.
kalau ikut apa yang saya buat, saya gunakan tepung halus (Nona pek oren)
Saya hanya ada hand mixer, jadi saya putar telur dulu dah gebu baru masukkan gula di ikuti bahan-bahan yang lain.
satu persatu.. dan akhir sekali baru lah butter cair (cairkan dlm microwave 20 saat)
Dah siap gulung simpan dlm petiais dulu jadi nampak cantik bila
di potong...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...