Thursday, November 22, 2012

PUDING SOYA DURIAN

 Masih lagi dengan durian, ialah kan sekarang kan musim durian jadi aku pun tak lepaskan peluang mencuba mempelbagaikan durian menjadi sesuatu yang enak. Sehari sebelum aku buat puding ini aku telah merasanya di CS JB. Langsung masa dlm perjalanan balik ke rumah lepas kerja hujan2 pun aku sanggup cari durian. Lepastu aku singgah Pasar malam beli susu soya tanpa gula pada penjual yg memang  terbaik lah di antara penjual2 soya lain di Pasar Malam Senai. Tengah drive aku olah2 kan dalam kepala fikir macammana nak buat macam yang aku makan tadi Ok lah aku share resepi nya

Bahan-bahan
800ml susu soya tanpa gula
200 ml air
180 gm gula pasir
2 tsp agar-agar serbuk
2 cubit garam
100 gm isi durian

Cara-caranya
Kisar Isi durian dengan 1 cawan susu soya di atas tapis dan ketepikan sebentar
Masak air bersama agar-agar sehingga larut masukkan gula dan garam Biarkan mendidih masukkan sebahagian semua susu soya tadi, biarkan hanya sampai naik wap sahaja atau mendidih kecil sahaja
Angkat dari dapur supaya susu soya tidak terus masak. masukkan durian yg telah di kisar tadi, Tuangkan dalam bekas-bekas kecil-kecil dan sejukkan dan kemudian simpan dalam petisejuk
Selamat mencuba ikhlas **ROSSALLE**




Tuesday, November 20, 2012

KERABU MANGGA





Mangga ni ambil kat depan rumah, Kata orang kalau di buat sambal atau di jadikan lauk  mangga nanti tak boleh tunggu masak sebab mudah busuk. Tak kesah lah janji bole makan. resepi sila lah ya

Bahan-bahannya
2 Biji mangga mengkal -hiris memanjang
1/2 batang carrot - hiris memanjang
1 biji bawang besar di mayang
1 batang serai di hiris halus
3 biji cili padi merah di hiris
3 biji cili padi hijau di hiris
Tukar cili merah/hijau biasa kalau tak tahan pedas
1-1/2 tbs udang kering basuh goreng dah tumbuk jangan halus
10-15 biji kacang gajus di goreng dan cencang kasar
2 tbs sos ikan
1 biji limau lipis ambil jusnya
1 tsp gula

Cara-caranya
Campurkan ke semula bahan-bahan di atas dan rasa masam masin dan manisnya










Selamat mencuba.. Di sebabkan sos ikan sedia maklum masin boleh abaikan garam.

Friday, November 16, 2012

DURIAN CREPE

Ada saja cerita pasal durian crepe di perkatakan, aku juga antaranya yg tak jemu-jemu mencuba dan mencuba sampailah kali ke 6 baru aku berpuas hati dengan kulitnya yg nipis dan tidak pecah langsung apabila di lipat.. jangan bandingkan resepi haku ini dengan mereka2 yg pergi ke kelas  gerenti tak sama punye..tapi aku tak ngendeng2 atau tanya2 resepi orang pegi kelas..aku malu tau..lagi pun tepung kat rumah banyak kan.. olah aje lah.











(Nak tunjuk nipisnye crepe saya)

Lagi satu kalau korang tak de dorian musang atau tembaga atau D yg macam2 tu guna je durian biasa2 jangan durian yg nak expired tau nanti rasa tempoyak..aku pun guna durian kampung tapi walaa isinya sedap sebab banyak dlm freezer tu yang coba dan terus mencoba.. nak jadikan durian biasa jadi sedap tanggalkan isinya kalau putih nak jadi cantik titiskan warna kuning lemon dan secubit garam gerenti durian tu rasa musang .. tak caya cuba lah..


saiz crepe sebelum lipat : 12cm garis pusat
saiz durian crepe ; 3cm X 4.5cm
Berat : lebih kurang 27gm

Bahan-bahannya Untuk Crepe nya
200gm Tepung Hong Kong
15gm Tepung Jagung
15gm Ttepung Kentang
10gm Tepung Custard
10gm Tepung Ubi
60gm gula pasir
50gm kuning telur (3 biji kuning telur A) pusat telur pastikan dibuang
500gm susu Full Cream (guna susu segar ok kot)
100 gm air
(Campurkan air dan susu)
20gm butter (1 sudu makan)
1/4 tsp garam
1tsp vanilla
2 atau 3 titik pewarna kuning lemon

Menghasilkan 50-60 crepe kecil 

Bahan Intinya
1-1/2 cawan whipping cream. Di putar sampai kaku simpan dlm esbok dulu
Isi durian

Cara2nya
Cairkan butter dan biarkan sejuk sebentar
Campurkan 5 jenis tepung dengan gula dan garam gaulkan dengan kuning telur, masuk susu dan air sedikit demi sedikit sehingga habis. masukkan vanilla dan pewarna.masukkan butter cair gaulkan sampai rata tapis adunan tersebut dan rehatkan 1/2 jam..
Panaskan kuali tak melekat saiz kecil (12cm) kalau ada dengan api kecil. sapukan sedikit butter atas kuali.
atau lap dengan dengan kertas tisu dapur yg di celup butter. Tuangkan adunan seberat  30-40gm
Lenggangkan kuali dan buat senipis mungkin.. Skill ni perlukan latihan berulang2
Pastikan hanya goreng sebelah tak perlu tebalikkan jangan biarkan warna coklat nanti tak cantik

Dah siap semua sejukkan crepe dulu
letakkan sekeping crepe letakkan 1 sudu cream di tengah2 dan letakkan durian sekali dan lipatkan dah siap
letakkan dlm esbok sebelum makan..
Nak cepat masukkan dalam freezer 1/2 jam kemudian dah boleh makan sejuk je masuk molot...
selamat mencuba









Friday, September 28, 2012

SWISSROLL KIT KAT


Menurut kata kawan ku..cewahhh.. kek ini mendapat sambutan yg hebat di tutttt...kat mana? rahsia.. karang kalau sebut baris panjang kat tempat tu.. tak bole buat buat biss aku.. takde maknanya lah.. saja gurau..
Mungkin budak2 lebih mengemarinya sebab ada kit kat kat tengah tu kalau pada rasa tekak orang macam usia dengan aku lebih sedap kalau kat tengah tu ada rasa sedikit masam so boleh la letakkan blueberry filling atau strawberry atau apa-apa jem yg masam sikit.Kalau bercita rasa mewah sikit boleh juga roll kan dengan kindo buino( spelling hancus) baik aku tulis resepi kat sini..resepi asal boleh la rujuk kepada  Maklang Azie dan juga resepi asal rasanya Swissroll Ahpek..


Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair 
2 bungkus kit kat yg ada 4 line tu
wipping cream (siap-siap putar simpan esbok kejap

(Adunan ini boleh menghasilkan 2 kek gulung)dgn saiz loyang yg aku gunakan 12.5inciX8.5inci
Step 1
 Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
Step 2
 Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
Step 3
 Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
Step 4
Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak
Step 8
 Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
Step 9
Setelah cream  disapu rata susun kit kat secara memanjang dan,gulung kek  perlahan2 sehingga kemas.
Step 10
 Dah gulung, simpan dlm esbok 1/2 jam dan boleh la di potong

Friday, September 21, 2012

KEK KUKUS MIX-FRUITS



Ini resepi yg aku guna pakai dari dulu.Keknya basah tau.. Entah dari mana kakak aku dapat..sebab ramai yg nak resepi jadi aku abadikan kat sini. Sila lah ye kalau berkenan..

Bahan-bahan (A)
600 gm tepung gandum
2 tsp bicarbonat of soda
1 tsp cream of tartar
500 gm mix fruits

Bahan-bahan (B)
500 gm butter (dulu selalu guna golden churn sekarang aku guna SCS)
2 cawan gula kastor
5 biji telur A
1 tbs oren emulco (aku guna oren sunquick je)
1tbs esen vanilla

Bahan (C)
2 cawan gula pasir  untuk jadikan gula hangus
aluminium foil
loyang 8.5X8.5

Cara-caranya
Ayak tepung gandum +bicarbonat of soda +cream of tartar gaulkan dan ramas dgn  mixfruits sampai rata bungkus dlm kertas minyak dan ketepikan
Putar butter + gula kastor + esen vanila dan oren emulco sampai putih. Masukkan bahan tepung tadi dan gaulkan rata guna senduk kayu.
Putar telur dlm bekas berasingan dengan pemukul tangan sahaja agak-agak berbuih masukkan dalam adunan butter yg telah di masukkan tepung tadi.
Goreng gula sehingga berbuih dan masukkan dalam adunan tadi. gaul pantas  tuangkan dalam loyang  tutup dengan aluminium foil dan masukkan dalam pengukus.Kukus kek selama 4 jam. 2 jam pertama dengan api besar dan perlahankan sedikit api pada 2 jam kemudian Tambahkan air panas dalam pengukus selepas dua jam sebab masa tu air dlm kukusan dan kurang.

p.s... jgn rasa pelik sebab tepung masuk dulu dari telur.. dah resepi mcm tu..



Saturday, April 7, 2012

UDANG GALAH GORENG TOMYAM

Fuhhh.. penat wei buang abok.. lama benar sawang pun dah tebal. tu la sibuk je selalu bukan tak masak tapi tak sempat nak update je.. Jadi ada yg tanya-tanya resepi ni .Udang ni pun dapat hasil memancing kawan hubby. Best pe sesekali dapat makan udang galah..Kalau sapa-sapa yang ada alah macam gatal-gatal atau bibir jadi besar sila abaikan lah Cari lauk lain yek..







20 ekor udang galah (Udang itam/putih/rimau atau ape2 pun boleh jgn udang kering je)
3 ulas bawang putih di cencang
1 labu bawang holand (yang warna kuning tu) potong kasar
1 batang serai di kerat dan di titik
4-5 helai daun limau purut
1 kiub tomyam
1 biji tomato belah 8
1biji lada merah di hiris kasar
1 biji lada hijau di hiris kasar
6 biji cili padi hijau atau merah (nak pedas bubuh banyak2)
1/2 biji limau nipis amil jusnya
3 tbs minyak masak
garam dan serbuk perasa secukupnya atau gula sikit
Batang celery besar di hiris (tak de tak pe)
Sedikit carot yg di hiris cantik utk hiasan


Cara-caranya

Gaulkan udang dengan sedikit garam. Panaskan Minyak dan goreng sebentar agak-agak lah..

Angkat dan toskan..

Ambil 3 sudu makan minyak goreng udang tadi tumis bawang putih. bawang kuning cili padi dan cili merah/hijau masukkan kiub tomyam masukkan serai daun limau purut carrot salary dan masukan udang tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa atau gual dan peraahan jus limau nipis

gaulkan rasa masin masam pedas manis dan angkat.. jangan terlalu lama di atas api nanti tak sedap.. Ok dah boleh makan dng nasi panas.. Ikhlas dari **ROSSALLE**











Sunday, November 27, 2011

TIRAMISU MUDAH


Weee hoooo... Idea nak mengarang hampeh.. tak jadi jadi. entah kenapa macam kosong je kepala ni tengoklah tiramisu ku sempena Maal Hijrah.. aku adaptasi dari pelbagai sumber dalam blog orang.. lain lupa pulak nak catit daripada blog siapa gerangan pemilik asal.. maaffff...kalau tengok pada gambar yang aku tunjuk ni banyakkan sebenarnya aku gandakan daripada resepi asal sila salin kat bawah ni kalau nak cuba.. sedap lemak lembut sejuk.. semua ada lah..

Bahan-bahannya
2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers= lebih kurang 24 batang (tengok gambar bawah)
250 cream cheese
250 whipping cream (gambar bawah)
80 gm gula kastor
satu cawan bancuhan nescafe(tanpa gula) suam

serbuk koko dan parutan coklat (untuk hiasan)

caranya Ini cara yg aku gunakan
putar cream cheese bersama gula hingga kembang (ketepikan)
putar whipping cream hingga kembang - kaku campurkan cream cheese tadi dan putar lagi sampai nampak cantik dan gebu
Sediakan loyang atau bekas kaca atau gelas
celupkan sponge fingers dlm air nescaffe dan susun dalam loyang lapiskan dengan cream cheese ratakan dan susun lagi sponge finggers lapis lagi dengan cream. akhir sekali ayakkan serbuk koko atas cream dan hiaskan dengan parutan coklat tadi dan sejukkan lebih kurang 4 jam atau semalaman sedap di makan semasa dingin.. iklhas **ROSSALLE**
Jenis whipping cream dan sponge fingers yg aku gunakan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...