Tuesday, April 26, 2011

KEK CHOKLAT CHEESE

Kek ni sebenarnya hasil gabungan dari pelbagai sumber yang aku campur adukkan sampai menjadi kek yang tidak menghampakan. Rasa nya sedaplahhh.. salin kat bawah kalau suka nak cuba buat

Sediakan loyang 10X10X3 di sapu butter dan alas dengan kertas yg melempai tepi loyang
bahan-bahannya (bahagian bawah)
250 gm butter
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk dlm peti ais
1 tsp esen vanilla
3 biji telur A

caranya.
Ayak tepung + serbuk koko
Putar butter + gula kastor sampai gebu masukkan telur satu persatu sambil di putar
putar kelajuan sedarhana
Perlahankan mixer masukkan tepung di selang selikan dengan susu cair masukkan esen vanilla dan akhirnya masukkan air sejuk gaulkan dan masukkan dlm loyang
Bakar dengan suhu 170 selama 40 minit

Bahan atas
250 cream cheese
1 biji telur
60 gm gula kastor
1 tsp asen vanilla
1 tsp lemon jus
1 sudu makan tepung jagung
1tsp serbuk koko

Caranya
putar cream cheese + gula kastor sampai rata dan berkerim
masukkan telur dan putar lagi masukkan esen vanila dan jus lemon
masukkan tepung jagung
Ambil 1 suduk makan adunan cheese dan gaulkan dengan serbuk koko dan masukkan dlm
piping bag

Selepas kek masak curah adunan cheese di atasnya ratakan kemudian picitkan adunan cheese choklat di atas cheese secara lorek2 ambil lidi atau sudu kecil dan lorek mengikut kreativiti sendiri bakar dlm suhu 150 selama 15 minit... dah siap sejukkan sepenuhnya sebelum di potong ikhlas dari **ROSSALLE**







Saturday, April 2, 2011

SWEET POTATO BALL

Apa yang boleh aku katakan kueh ni sedapppp. Kalau guna kledek pepal agaknya jadi dragon ball heheh. rangup di luar lembut di dalam. Resepi rempit kat sini dan sumber PN Zainon yg suka makan kueh ni kalau pegi Cameron kalau suka boleh cuba resepi aku tulis balik kat bawah ni Bahan-bahannya 500 gm keledek jepun (keledek malaysia pun bole lah) 2 cawan tepung pulut 1/4 cawan tepung jagung 1/4 cawan kelapa parut (putih nye) 1 cawan gula pasir (aku buh 3/4 cawan je) 1/4 cawan air Sedikit garam Caranya Rebus atau kukus keledek buang kulitnya dan lenyekkan Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan tuang kan air sedikit-sedikit sehingga jadi doh. bulat2 kan (ikutlah nak besar mana) comel2 lagi baik Goreng dalam minyak terendam dengan api jangan terlalu besar sampai kuning kecoklatan Toskan minyak dan biar sejuk sedikit jangan ngap masa panas2 sangat tu, melecur kang bibir.. Ikhlas dari **ROSSALLE**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...