Saturday, January 22, 2011

KARIPAP SARDIN KENTANG


Karipap ni sarapan pagi merangkap minum petang, buat banyakkkk.... bukan goreng semua la simpan frozen bila-bila perlu boleh goreng tak yah beli. Buat malam tadi tak de keja cari kerja daripada mengadap tv dan comp. lebih baik masa senggang tu jadikan faedah betul ke? Apa kata kengkawan yg rasa nak buat tengok resepi di bawah . Ini resepi aku nye R&D tak caya? tak tiru sapa2 cara tersendiri sila... sila.. lah.. . Kalau aku kata sedap karang ada yg kata aku naik lift tekan butang sendiri. Kulitnya rasa rangup keruppp kerappp..

Bahan Kulit
600 gm tepung gandum
100 gm minyak masak
20 gm minyak sapi (aku guna gheeblend)
1 sudu kecil garam
Air putih secukupnya

**(Menghasilkan 50 keping karipap comel untuk adunan ini)**

Caranya:
Panaskan minyak + minyak sapi kemudiah curahkan atas tepung gaul-gaulkan gunakan jari je sehingga jadi mcm serbuk roti hati-hati panas ye, Campurkan garam dengan sedikit air dan masukkan dalam adunan uli sehingga menjadi doh dah sebati tutup bekas dan rehatkan sekejap
lebih kurang 20 minit, Lepas tu buat bulat-bulat kecil berat dlm 20gm kemudian gelek kan nipis
tak de la nipis sangat bubuh inti dan kelim tepinya. Tak pandai kelim!! ha guna acuan plastik tu

Bahan Inti Ikut suka korang le
Cara aku....
1 tin sedang sardin (aku guna cap ayam)
4 biji kentang di potong kiub
1 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar di hiris halus
2 ulas bawang putih di cencang
sedikit garam (Aku tak sukat )
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan minyak dlm kuali. tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu masukkan cili kisar kemudiah sardin hancur2 kan masukkan kentang bubuh air campurkan sedikit garam tutup kuali supaya kentang empuk. Bila air dah kering Rasa garamnya. Bila dah masak angkat sejukkan dulu. psss. jangan masukkan inti semasa panas dlm kulit karipap ye
Ikhlas dari ** ROSSALLE**

JEMPUT2 PISANG (Cekodok Pisang)



Apapun namanya, tetap menjadi juadah minum petang yg aku gemari.Ini bukan jemput2 pisang yang guna soda tu ye.. Ini stail kampung2 nye. zaman dulu2 bukan setakat minum petang, buat sarapan pagi lagi. kalau terlampau banyak sangat pisang masak yang lebih tu campak kat laman rumah buat ayam makan hahah...tapi sekarang pisang dah nak nazak masih laku lagi berebut makcik2 beli kat pasar.. bebel lelama buat apa tak.. ada jugak yang tanya resepi kueh macam ni sebelum ni aku tak pernah timbang pun bila buat jemput2 ni di sebabkan ada yg tanya sila la salin kat bawah..

Bahan-bahannya
500 gm pisang
150 gm tepung gandum (tepung sikit? banyak karang keras beb)
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Caranya
Pisang +garam+gula lenyekkan bagi sebati
masukkan tepung gaulkan dah rata panaskan minyak jemputkan dengan tangan atau
sudu masukkan dlm minyak panas goreng lah.. sampai cokelat..
Boleh gitu..
ikhlas dari **ROSSALLE**

Thursday, January 20, 2011

Jom Gegar Blog

Segmen JOM GEGAR BLOG by BA....
kalau nak join klik sini

Monday, January 10, 2011

Kek Asas Butter



Sedang berehat? Ari ni Johor tak kerja cuti.. merajinkan diri buat kek rengkas dan mudah Pembuatan kek ini juga menggunakan bahan dan peralatan asas sahaja tak susah, sambil masak untuk tengahari rindu pulak pada kek jenis lama . Resepi Kek ini adalah tunjuk ajar arwah bonda masa zaman sekolah2 lagi. Masa tu tak de mixer hanya putar dengan senduk kayu je tetapi tetap menjadi Ada sedikit ubahsuai yang aku buat. biasalah aku kalau tak ubah resepi asal tak sah. Baiklah kalau ada yang suka boleh salin dan cuba resepi ini.

Bahan-bahan
200 gm butter (zaman dulu guna planta)
1 cawan gula kastor
1 tsp vanilla
2 titik warna kuning (abaikan kalau tak mau)
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 tsp baking powder (ayak +tepung)
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu serbuk koko

Cara2nya
Panaskan oven dulu dgn suhu 170'c atau mengikut jenis oven masing2 selama 15 minit
Sediakan loyang bulat bergarispusat 8inci di oles mentega dan alas dengan kertas baking
Masukkan butter gula kastor vanilla dan susu dlm bekas dan kacau dengan senduk kayu(ini cara aku buat utk kek ini) nak guna mixer pun boleh sudah rata masukkan telur satu persatu dan gaul lagi sampai gula hancur. Masukkan tepung dan gaul rata masukan warna kuning untuk warna kek nampak cantik.Kalau dulu masukkan semua dalam loyang, tapi aku dah ubahsuai Bahagikan kepada 3 bahagian
masukkan 1/3 bahagian ke dalam loyang ratakan ayakkan serbuk koko menutupi adunan tersebut masukan 1/3 bahagian lagi ratakan dan ayakkan serbuk koko akhir kali masukkan bahagian yg akhir ratakan dan bakarlah dalam oven..Selamat mencuba ikhlas.. **rossalle**

Sunday, January 9, 2011

AYAM PANGGANG BLACK PAPER


Minta maaf banyak-banyak sebab ayam ni di tayangkan tanpa solekan bogel gitu disebabkan kemalasan yg melanda entah kenapa malas benar nak update blog tapi di sebabkan atas permintaan yang mencurah2 untuk resepinya di gagahkan jugak la menulisnya sila salin dan buat ye kawan2 sedap ni resepi nya aku pakai hentam je ikut apa terlintas dlm fikiran

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (saiz kecil lagi sedap)
1 1/2 tbs lada hitam biji
1 tsp kecil garam (atau ikut kesesuaian rasa)
1 tbs ketumbar biji
1 tbs jintan manis hiji
1/2 bji lemon
8 ulas bawang putih jangan di kerat
1 biji bawang holand (bawang kuning) potong kasar
1 batang karrot potong kasar
4 biji kentang di potong wages
2 sudu minyak masak
2 sudu butter

Caranya
Ayam di bersihkan dalam perut ayam pastikan tiada paru2 atau hati lap bagi kering
Tumbuk lada hitam +garam lumurkan ayam luar dan dalam
Tumbuk pula ketumbar +jintan dan lumur ayam luar dan dalam
Tinggalkan sedikit lada hitam tumbuk gaulkan dengan karrot+kentang+bawang+bawang putih dan sedikit minyak agak-agak le letak kan dalam loyang pembakar
Masukkan lemon bawang putih dan kawang kuning sedikit dalam perut ayam kemudian letakkan ayam di atas loyang yg berisi bahan sayuran tadi. titiskan minyak pada badan ayam letakkan butter pada badan peha dan kepak ayam
Panaskan oven pada suhu 190-200 dan bakar selama 2 jam
Selepas 20 minit sudukan minyak yg dlm loyang dan jiruskan pada badan ayam buat begitu setiap 20 minit. Selepas 1 jam terbalikkan ayam untuk menjadikan kedua2 belah ayam garing
masa terbalikkan tu buat perlahan2 supaya kulit ayam tak tertanggal
Selamat mencuba.. ikhlas dari ROSSALLE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...