Monday, October 31, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART




Resepi lama ni tapi tetap menjadi tart kegemaran ku sekeluarga. Mana yang tanya-tanya nak resepi ni sila la ambik.. Cheese Tart ni resepinya aku ambik dari pelbagai sumber cheff2 dan bloger2 banyak aku derhakakan daripada yang asal selepas beberapa kali buat R&D ini lah yg terbaik bagi aku..chewahhh..sebab apa ? Try buat sendiri ye.. Kalau lukisan atas cheese tu aku ngaku memang tak pro langsung kalau nak lukis cantik-cantik tengok SINI aku pun kagum ketelitian cik kak ni..






Bahan-bahannya


pastry manis (Adunan ini menghasilkan 130 tart shell)


125 gm butter


125 gm marjerin


80 gm gula icing


1 biji telur + 1tsp vanilla kacau dengan garpu (pusat telur buang yek)


500 gm tepung gandum


2 tbs air ais (dlm esbok nye)





Caranya


Putar butter + marjerin + gula icing hingga sebati masukkan telur (guna senduk kayu je)


Masukkan tepung dan air ais gaulkan sebati hingga jadi doh. bungkus dlm plastik dan simpan dlm petiais lebih kurang 20 minit utk set.


Keluarkan dan buat sebesar guli adunan tu dan tekan dlm mould tart buat sampai habis


panaskan oven pada suhu 170'C bakar kuih selama 15-20 minit ikut kesesuaian oven sendiri


Bakar samapi kuning keemasan. Kurang kuning tart shell tak rangup..


Dah masak sejukkan dan keluarkan dari tart mould simpan tart shell sementara buat dia nye filling





Bahan Filling


250 gm cream cheese


50 gm gula kastor


25 gm butter


1 biji telur (pusat telur tolong buangkan)


25 gm whipping cream


bluberry filling





Caranya


Putar cream cheese + gula kastor dan butter hingga berkerim masukkan telur dan whipping cream dan putar lagi sampai betul2 rata dan cantik berkerim. masukan dlm piping bag dan sedia untuk di isi dalam tart shell.




Susun tart shell yg siap tadi dalam loyang pembakar. isikan bluberry filling di tengah tart shell dan tutupkan dengan cheese yg di putar lukis corak yg di sukai di atas nya tadi bakar dlm oven pd suhu 170'C selama 10-15 minit bila nampak gelembung tinggi. sudah cukup jangan di biarkan terlalu lama masak nanti permukaan cheese tart retak. tak cantik ok selamat mencuba



ikhlas **ROSSALLEE**





























KEK LAPIS ASAM MANIS



Nak resepi ni..Ok salin resepi kalau suka. Buat nipis-nipis kalau rajin kalau banyak M lapis lah tebal2.. Resepi asal boleh tengok dlm rumah bro Rozzan di SINI


Bahan-bahannya
500 gm butter
130 gm gula kastor
1 tbs ovelatte
10 biji telur A (kalau A+ lagi baik)
300 gm susu pekat
2 tbs jem rasberry atau strawberry
100 gm holicks biasa
250 tepung hong kong
1 tsp asen vanilla
warna kuning lemon (kalau suka)
Asam manis (haw flakes) secukupnya


Caranya:-
sediakan
Mixer yg ada mangkuk (Hand mixer boleh juga tapi tak galakkan lah kurang umphhh)
Loyang 8X8X4 atau 8.5X8.5X3 di sapu butter dan alas dasarnya dengan kertas baking
Oven panaskan pd suhu 180'C ke 200'C atau ikut kesesuaian oven masing2
Gunakan api atas (grill) untuk membakar kek
Putar butter + gula kastor + ovellate + Vanilla asen dgn kelajuan tinggi sampai putih gebu
Masukkan telur sebiji sebiji jarakkan masa masukkan sebiji telur tu 1 minit setiap biji
Selepas habis semua telur biarkan mesin berputar laju lebih kurang 5 minit lagi..
Perlahankan mixer -kelajuan sederhana masukkan susu pekat dan kemudian masukkan jem
Perlahankan mixer atau guna senduk kayu masukkan holicks dan kacaukan perlahan
Akhirnya masukkan tepung hong kong dan gaulkan.
masukan sedikit warna kuning lemon utk nampak cantik warnanya. agak-agak 3 titis sahaja

Setelah oven panas (grill)
masukkan 4 sudu atau timbang 80gm adunan dlm loyang ratakan dan bakar dlm masa 2-3 minit (tempoh masa membakar ikut oven masing2 ye) hingga nampak perang bukan hitam tau
keluarkan drpd oven cucuk dengan lidi kalau ada gelembung udara kemudian tekan dgn penekan kek.
Ulang langkah pertama tadi . masukan adunan ratakan dan bakar semula buat sehingga 5 lapis selepas lapis ke5 keluarkan tekan adunan dan susun asam haw flakes
Buat begitu sehingga habis lebih kurang 25 lapis... nak tukar calour pd adunan pun boleh jugak ikut lah kreativiti sendiri ye
adoiii penat ke... malas.. buatlah tebal-tebal pon boleh..


selamat mencuba ikhlas **ROSSALLE**












Wednesday, October 5, 2011

NESTUM CRUNCHES

Biskut ni memang rangup dan sedap .
Resepi ni frm my SIL.. pegi belajar kat kelas. Minta halal ye kak.. sebab tulis
dalam blog ni... aku bagi dengan cop free cubala..


Bahan-bahannya


Bahan A
250 gm mentega
140 gm gula kastor
1 tsp vanilla



Bahan B
2 tbs susu tepung
2 tbs badam serbuk
100 gm nestum - di kisar



Bahan C
2 tbs tepung beras - cap teratai
100 gm tepung ubi
200 gm tepung gandum



Hiasan
1 biji telur kocok dgn vanilla sedikit
Coklat pink
badam cincang atau croquant



Cara-caranya
Putarkan bahan A sehingga rata, masukkan bahan B dan bahan C ulikan sebati. Terap adunan dengan acuan yg di sukai. sapu dengan telur atas biskut dan taburkan badam cincang atau croquant Bakar dlm oven suhu 160 dlm 16-18 minit keluarkan angkat biskut dari dulang sejukkan di atas redai..(jaring-jaring) bila dah sejuk, Cairkan coklat pink dan lorekkan atas biskut dah keras coklat simpan dlm balang kedap udara...ikhlas **ROSSALLE**











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...