Tuesday, April 26, 2011

KEK CHOKLAT CHEESE

Kek ni sebenarnya hasil gabungan dari pelbagai sumber yang aku campur adukkan sampai menjadi kek yang tidak menghampakan. Rasa nya sedaplahhh.. salin kat bawah kalau suka nak cuba buat

Sediakan loyang 10X10X3 di sapu butter dan alas dengan kertas yg melempai tepi loyang
bahan-bahannya (bahagian bawah)
250 gm butter
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk dlm peti ais
1 tsp esen vanilla
3 biji telur A

caranya.
Ayak tepung + serbuk koko
Putar butter + gula kastor sampai gebu masukkan telur satu persatu sambil di putar
putar kelajuan sedarhana
Perlahankan mixer masukkan tepung di selang selikan dengan susu cair masukkan esen vanilla dan akhirnya masukkan air sejuk gaulkan dan masukkan dlm loyang
Bakar dengan suhu 170 selama 40 minit

Bahan atas
250 cream cheese
1 biji telur
60 gm gula kastor
1 tsp asen vanilla
1 tsp lemon jus
1 sudu makan tepung jagung
1tsp serbuk koko

Caranya
putar cream cheese + gula kastor sampai rata dan berkerim
masukkan telur dan putar lagi masukkan esen vanila dan jus lemon
masukkan tepung jagung
Ambil 1 suduk makan adunan cheese dan gaulkan dengan serbuk koko dan masukkan dlm
piping bag

Selepas kek masak curah adunan cheese di atasnya ratakan kemudian picitkan adunan cheese choklat di atas cheese secara lorek2 ambil lidi atau sudu kecil dan lorek mengikut kreativiti sendiri bakar dlm suhu 150 selama 15 minit... dah siap sejukkan sepenuhnya sebelum di potong ikhlas dari **ROSSALLE**







1 comment:

Amak Kongsi said...

wahhh, rajin masak ni. datang lah lawat blog kite. kite pn ade gak ltk resepi sikit2.. heheh

actually tujuan asal nak datang menggegar sempena Segmen Gegar 1000 blog anjuran en Ben

Jom lawat Blog Kaynisa ???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...