Tuesday, November 20, 2012
KERABU MANGGA
Mangga ni ambil kat depan rumah, Kata orang kalau di buat sambal atau di jadikan lauk mangga nanti tak boleh tunggu masak sebab mudah busuk. Tak kesah lah janji bole makan. resepi sila lah ya
Bahan-bahannya
2 Biji mangga mengkal -hiris memanjang
1/2 batang carrot - hiris memanjang
1 biji bawang besar di mayang
1 batang serai di hiris halus
3 biji cili padi merah di hiris
3 biji cili padi hijau di hiris
Tukar cili merah/hijau biasa kalau tak tahan pedas
1-1/2 tbs udang kering basuh goreng dah tumbuk jangan halus
10-15 biji kacang gajus di goreng dan cencang kasar
2 tbs sos ikan
1 biji limau lipis ambil jusnya
1 tsp gula
Cara-caranya
Campurkan ke semula bahan-bahan di atas dan rasa masam masin dan manisnya
Selamat mencuba.. Di sebabkan sos ikan sedia maklum masin boleh abaikan garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment