Sunday, September 26, 2010

KEK LAPIS PRUNE



Ini projek ari ahad, lepas subuh dah mula membaking buat 2 buku sekali gos, kononnya nak bawa buat majlis sambutan ari raya kat opis, satu lagi kek tak payah tunjuk la kek lapis asam manis biasa sangat dah,, resepi kalau terbekenan salin la ya kat bawah ni

bahannya
bahan A
25 biji kuning telur
5 biji putih telur (ini aku sendiri taruh biasalah derhaka pd resepi asal)
240 gula castor
*100 gm tepung hong kong
*1 tsp rempah kueh
*1 tsp baking powder ( aku tak tau napa kek lapis ni ada baking powder?)

(campurkan 3 bahan bertanda * -di ayak)

Bahan B
450 gm butter (aku guna golden churn + butterlite)
5 tbs susu pekat manis
1 tbs ovellete

Bahan B
340 gm prune di hiris lebar (suka hati sendiri kalau nak banyak2)


Caranya
Sediakan loyang 8x8x4 disapu butter dan alas dgn kertas baking
Putar bahan A sampai kembang (kalau pakai hand mixer putar telur dulu dah kembang masukkan gula dah kembang betul baru masukkan bahan di ayak.. siap ketepikan dulu
Putar pula bahan B sampai gebus dan
kemudian campurkan bahan A dan B kacau dgn spatula je tak perlu putar
Panaskan oven 190-200 gril shj api atas ma (ikutlah korang punya oven)
Bakar selapis-selapis selepas habis lapis ketiga di bakar susun prune mcm contoh gambar dan
lapiskan lagi dgn adunan tu. Buat lah sampai habis
Pada lapisan akhir.. tukar kepada api atas dan bwah turunkan suhu pd 170 dan bakar selama
lebih kurang 20-25 minit.
Tips.. Keluarkan kek drpd oven biarkan kek dlm loyang selama 15 minit lepas tu
terbalikkan kek atas redai dan biarkan terbalik macam tu sampai sejuk
kek akan nampak cantik dan rata.....wahhh.. dah lebih bagi ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...