Thursday, November 18, 2010

KEK LAPIS HOLICKS-MILO



Kek ini di buat sempena menyambut Aidil Adha.Lama tak bersiaran Resepi asal boleh
tengok SINItapi aku tulis balik la ye sila tengok Ambik gambar pun kek ni tak solek tak de
bunga-bunga lepas potong terus snap.. boleh...gitu

Bahan-bahan
10 biji telur (aku guna saiz A)
16 oz mentega (aku guna 500 gm butter GC)
200 gm gula kaster
240 gm tepung gandum (aku guna tepung Hong Kong)
100 gm Holicks
100 gm milo (aku guna 50gm milo + 50gm serbuk koko)
1 tin susu pekat (397gm)
1 tbs ovellate (ini aku tambah)
1 tsp vanilla (aku tambah sendiri)
50 gm jem strawberry (aku suka nak letak)

Caranya
Pukul butter + gula kaster +ovellate + vanilla sampai kembang
Masukkan telur satu persatu pukul lagi sampai pekat dan rata
Perlahankan mixer, masukkan susu pekat di ikuti dengan jem masukkan
tepung gaulkan dan bahagi dua
satu bahagian masukkan holicks kacau rata, satu bahagian lagi masukkan
milo dan serbuk koko yang telah di ayak , sediakan loyang 8X8X3 cara
melapis terpulang cara sendiri samada dua lapis holick dua lapis coklat
atau macam haku buat selang satu satu ( laa mcm mana aku nya bahasa
ni..faham ke.. ) satu lapis adunan mentah 100gm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...