Kuih untuk bawak office ada meeting ari ni, merajinkan diri memalam tengok2 kat dapur ada tak bebenda yg tak laku2, ternampak ada labu yg dah 2 minggu buat sendal pintu heheh..kasi belah tengok waaaaa.. cantik apa lagi projek dah nak mula la.. Ini olahan sendiri, sedapla terasa kelabuannya bahasa apa aku pakai ni gasaklah ada aku kesah. Biasanya aku kalau kueh melayu jenis mcm ni tak suka taruk telur. bukan apa entahlah tekak dah semakin matang ni tak lalu pulak bila kuih tu kalau terdedah lepas tu ada bau hamis telur.. weakkk..muntah O..olok salin ye kalau suka jika rasa banyak adunan ni kurangkan jadi separuh la ..
bahan-bahannya
700 gm labu kuning (timbang selepas di kopek tau biji buangle) tak payah rebus atau kukus400 gm tepung gandum
300 gm gula pasir1/4 sudu kecil garam
1000 gm santan (aku perah drpd sebiji kelapa+air)Caranya.
Potong2 labu tu masukkan dlm blander + sebahagian santan kisar bagi halus dan sebatiMasukkan dalam bekas campurkan tepung +gula+garam dan baki santan gaulkan sampai rata
Panaskan oven suhu 200" atasbawah Sapukan loyang 9X9 dengan minyak sapi atau buttermasukkan loyang kosong dan oven dlm 10-15 minit keluarkan dan isikan adunan tadi
dan bakarlah sampai masak aku bakar selama 1jam 30 minit, biar sejuk betul2 baru potong . Ikhlas dari ROSSALLE
No comments:
Post a Comment