Resepi aku copy dari
cha myresipi.com
Bahan-bahan
- 2 cwn nasi sejuk (jgn guna nasi dari beras wangi)
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar (aku gunakan semua gula putih)
- 3/4 cwn gula
- 2 1/2 cwn air
- 2 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
- blend nasi dan air sehingga hancur.(campur nasi dgn sedikit air dulu dan tambah2 air lagi)
- setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- perap selama 3 jam.Pastikan adunan dah naik lepas tu baru la nak + apa-apa colour
- masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
tipssss.. Acuan sapukan dengan minyak dulu, acuan kosong tu kukus 2-3 minit keluarkan dan isikan dengan adunan selamat mencuba..
1 comment:
salam kenal...nampak sedap...mesti cuba ni....
Post a Comment