Yahooo.. dah bole buat macaroon,percubaan pertamaku menjadi aku tak letak pewarna pun lain kali lah, ingatkan susah sangat tak de makne pun..guna tangan je haaa ye la tak kan guna kaki pulak..hehehe Aku dapat resepi ni masa jalan2 kat rumah RIMA resepi asal tengok kat SINI. tapi dia cakap orang putih, aku buat2 faham.. sorry rima. Akak gurau, Aku tuliskan balik cakap melayu pulak,yo.. kalau silap sendiri betulkan ye maklumlah makcik skola atap kat balairaya je
Bahan-bahan
(Swiss Meringue)
80 gm putih telur (2 biji telur besar je)
65 gm gula kastor
80 gm badam kisar (kisar halus2)
140 gm gula ising (di ayak 2-3X)
1/2 tsp lemon juice
intinya
100 gm dark chocolate
50 gm wipping cream
(bahan inti mcm atas ni aku tak de aku ganti dgn Jem nenas dan peanut butter "tak suka...
ada aku kesah...aku yg buat dia)
Caranya
Alaskan loyang dengan kertas baking, gunakan penerap biskut bentuk bulat dan tandakan di kertas baking tersebut dengan mencelup dlm tepung atau coklat dan tekap atas kertas baking
betulke ayat ni...
Campurkan putih telur dengan gula kaster dan gaulkan dlm mangkuk dan di dalam bekas berisi air panas sampai gula larut (dan angkat) bahan ni panas suam2 kuku
Masukkan dalam mangkuk pengadun campurkan lemon juice dan putar dengan kelajuan sederhana sampai medium peak (tak reti nak translate) tanduknye tak tinggi sangat gitula gamaknya kalau nak campur dgn pewarna serbuk boleh lah masa ni
Dah siap bab ni gunakan spatula gaulkan pula dengan serbuk badam dan gula icing sampai rata
jangan terlebih mengaul pulak. Adunan ni macam kek je.
Masukan adunan dalam piping bag dengan nozel bulat. dan pamkan atas dulang tadi.Selepas itu rehatkan dulu adunan ni 20-25 Panaskan Oven dengan suhu 150C Dan bakar selama 12-15 minit bergantung pd oven masing2
Dah masak keluarkan dari oven, Susah nak tanggalkan dari kertas baking, Angkat kertas baking dan spraykan dengan air bawah kertas baking biarkan beberpa saat dan tanggalkanlah cookiest tu dan letakkan di atas redai.. dah siap intinya letakkan apa yang patut aku ingat nak bubuh nuttela je tapi kat kedai tak de lah.Yang penting biskut tu jadi..Ya ampun kalau alihbahasanya kurang jelas.. Inilah cara yg aku buat...jamin jadi lah.. ikhlas** ROSSALLE**
Ini macaroons masih dlm oven sedang di bakar..
No comments:
Post a Comment