Tuesday, February 8, 2011

LABU KANGKUNG MASAK LEMAK

Resepi ni biasa-biasa saja.. ada kesah? loya ke! gasaklah Aku suka labu, tu yang berturut2 post pasal labu jek. kali ni aku masak lemak labu berkangkong bagi aku sedap lah. Makan pulak dengan nasi panas ada ikan masin dan sambal belacan dengan ulam tenggek burung haaa. pelik eakkkk Tak tau .. tanya orang2 lama. (
Resepi Macam ni (Ini salah satu cara masak lemak yg aku buat)
Masakan melayu ni kita yg buat dia ikutlah cara masing2

Bahan2nya500 gm labu (kopek dan potong kiub)
I ikat kangkong potong panjang-panjang (sukahati nak banyak mana)
*2 sudu makan ikan bilis
*3 biji bawang kecil
*1 biji bawang putih
*5 biji cili api (tak usah pedas2 sangat)
*1 inci kunyit hidup
*3 hiris halia
1/2biji kelapa jadikan 3 cawan (1santan pekat 2 santan cair)
(Kalau suka lemak 1 biji kelapa pon boleh gak)
Garam secukupnya
Pak Aji Naik Moto (Boleh abaikan kalau tak mo)

Caranya
Tumbuk semua bahan bertanda *
masukkan dalam periuk diikuti dengan labu halia dan santan santan cair Masak sambil di kacau selalu supaya santan tak pecah minyak Aku tak suka kacau tapi sentiasa goyangkan periuk supaya labu masih nampak cantik bila masak nanti. Cucuk labudgn garpu, bila dah macam lembut masukkan santan pekat bila didih masukkan kangkong garam dan pakaji. Dah cukup rasa angkat periuk, Labu akan jadi tambah lembut sebab santan masih panas. Ikhlas **ROSSALLE**

1 comment:

Mr. Mama said...

slm perkenalan dr mr.mama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...