Monday, July 19, 2010

PUDING FRUIT COCKTAIL



Sila sejukkan tekak...ehmmm... t.kasih Pn.Zainun haku dah buat dah ikut resepi ko
Sebenarnya haku sorang je yang suka sangat kat puding.. ni.. anak-anak ku ada la sikit2 rasa biasalah aku kalau buat tak reti sikit tu dia ambik ko se loyang.. habiskan sorang2
resepi nya sila lah..
(Bahan A)
1 tbs serbuk agar-agar
3 tbs tepung castard
3 tbs gula pasir (nak manis tambah le)
1 tin susu cair + Air (Jadikan 800ml cecair)
1 sudu kecil esen vanilla

(Bahan B)
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 tin buah cocktail (sejatkan airnya)
1/2 tsp strawberry emulco
1 cawan air buah cocktail

Caranya
1. Bancuh semua bahan A dah kacau atas api tanpa henti. bila dah pekat masukkan dlm loyang ke atau bekas kaca. Biarkan sejuk.
2. Bancuh pula bahan B kecuali buah cocktail dan didihkan atas api.
3. Taburkan buah cocktail atas puding(bahan A) tadi
4. Curahkan Bahan B dengan perlahan menggunakan sudu atas puding yg telah di tabur dengan buah cocktail tadi
Sejukkan beberapa jam. dan sedia di hidang. boleh juga di hidang dgn susu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...