Monday, July 19, 2010

JEM NENAS




Berikut cara nak buat Jem Nenas di rumah. paling senang cubalah... tak payah penat atau panas-panas duduk kat dapur. Sambil tengok TV dan lipat kain.. gitu. Aku telah mencubanya dan gambar ni hasil dari ku resepi sila ambil..
Bahan-bahannya
1 kg nenas parut =2 biji nenas
(guna parut kelapa pesen lama tu supaya nampak berserat kalau di blender nanti halus sangat)
350 gm gula pasir
1 tsp esen vanilla
3 titis warna kuning (aku guna kuning lemon)

Caranya
Masukkan semua bahan dalam rice cooker. gaulkan rata dan tekan cook biarkan, Jangan tutup periuk takut nanti melimpah pulak. Biarkan ia terus mendidih. Masa ni satu rumah bau aroma nenas sedap wooo. Bila api bertukar keep tutup periuk, sesekali tekan cook dan gaulkan, Tak perlu risau jem tidak akan hangus. (Aku biarkan saja jem tu dlm periuk aku masak dari pagi sampaiiiii petang baru aku tutup api.. dan puan-puan tengoklah hasilnya.. cantik kan..(puji senirik la)

2 comments:

eiryz said...

nice...boleh cuba!

Follower #73

eiryzeilyz.blogspot.com

eiryz said...

Follower #73

Nice resepi. thanks for the info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...