Monday, July 5, 2010
ROTI MACAM PIZZA
Ini juga kejadian selepas masak mee goreng, Gambar ni ambil masa belum di bakar dah bakar tak de lagi le dah kena mamam tak sempat nak snap gambar. Di sebabkan roti ni terbaring tak de sapa peduli sebelum manapos lebih baik aku pelbagaikan la jadi apa je.. haaaa jadi mcm ni la
Rasanya ala-ala pizza gitu anak-anak ku kata sedap habis licin tak berbaki.
Kalau rasa-rasa ada roti prancis yang baring lama sangat tu cuba-cuba la ye resepi ni .. salin
bahan-bahannya
1/2 isi dada ayam di kisar
1 biji bawang holand di potong kecil2
1 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu kecil oregano flakes
1 sudu butter
garam secukup rasa
Kisar isi ayam. Panaskan butter dan masukkan bawang di ikuti isi ayam ladai hitam oregano dan garam masakkan sekejap shj sejukkan
Sediakan
roti di potong serong (sukahati la nak banyak mana)
sapukan sos spegheti di atas roti taburkan isi ayam tadi,
taburkan juga lada benggala
dan taburkan cheese (aku guna slice cheese sebab itu je yg ada dlm esbok)
Panaskan oven 200'c dan bakar dlm 10 minit sehingga cheese cair dan sedia
di hidang..
Selesai dah lepas ni anak ku dah pandai buat sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment