Monday, July 5, 2010

MEE GORENG KERANG SEMPOI


Nak ajak makan pun dah selesai dah... buat ni masa hari ahad pagi.. tak tau dah nak pelbagai apa untuk buat sarapan. tengok la resepi ni .. kalau-kalau berhajat nak cuba
bahan-bahannya.
1 kg me kuning (kes tamak nak buat banyak aje)
1 mangkuk kerang rebus (buang kulitnya ) (mangkuk kecil le)
1 mangkuk udang
1 biji buah tomato
4 rumpun sawi di potang ikut suka
300 gm taugeh (buang ekornya)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tomato
1 kiub ikan bilis
3 sudu cili kisar
4 ulas bawang putih di ketuk
2 buku bawang besar di hiris
Minyak untuk menumis

Caranya
Basuh mee kuning dan toskan dulu
Tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan cili kisar di ikuti dengan sos tiram
kicap pekat, sos tomato, kiub ikan bilis. masukkan sedikit air
masukkan pula udang dan kerang dan tomato yg di potong kecil rasa kesesuaian sedap masukkan mee di ikuti dengan sayur sawi
akhir nya masukkan taugeh gaulkan dan padamkan api. sedia untuk di hidang

(sorry aa kalau resepi ni biasa-biasa saja. aku tuliskan ni supaya anak-anak lale ku itu boleh masak mee goleng selupa haku nye sedop woo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...