Monday, March 21, 2011

ULUNDU WADE

Haa.. ada yg gelakkan aku tu.. berjaya jugak aku buat kueh ni resepi aku ambil dari SINI dan juga dari Pn Zainon. Aku siap mengendap Aci kat pasar malam macam mana nak bentukkan kueh ni siap dia jeling aku sebab dia perasan aku cuba mentelaah apa yg di buat hahaha.. Mula2 buat memang gagal pe nak buat lubang tu tapi aku cuba sampai bole. resepi tengok kat bawah ye

Bahan-bahannya
1 cawan urad dal (dal hitam) kalau tak kenal dal ni tanya kedai india
*2 sudu makan daun kari di hiris
*1 biji lada hijau di hiris (aku tambah cili api dan lada kering hiris)
*1 sudu jintan manis di tumbuk
*2 sudu makan bawang hiris
*1 sudu kecil garam atau secukup
* 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu makan nasi
Air secukupnya (ini tak sukat ikut kesesuaian)
Minyak masak utk mengoreng

Caranya
Rendam urad dal selama 5 jam (aku rendam 1 mlm dlm esbok) Toskan dan kisar dengan mencampur 1 sudu nasi.dan sedikit air kisar halus (adunan ini tidak cair ianya mcm cookies yg lembik melekat tu. Keluarkan dari pengisar dan campurkan semua bahan bertanda * ...
Panaskan minyak dgn api sederhana. Sarungkan sebelah tangan dengan plastik. ambil 1 sudu adunan letak atas tangan yang ada plastik. Basahkan jari tangan sebelah tu tekan adunan dan lubangkan dengan jari dan terus masukkan dlm minyak. buatlah begitu dalam 5 atau 6 ketul goreng sampai kekuningan angkat dan toskan.. sedia di hidang Pencecah nya aku belum belajar lagi **ikhlas ROSSALLE**

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU



Terpanggil rasanya untuk join sama , klik sini syarat di beri macam layak je ikut
1. LETAK BANNER BEN
Akak dah letak pun
2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGERI IBU dan linkkan
OK Macam aku bole buat
3. SIAPA YANG LAYAK MASUK? Bloger bloger yang bergelar ibu
Anak ada 4 layak kot
4. CERITAKAN SERBA RINGKAS MENGENAI DIRI ANDA
Aku seorang ibu berkerjaya pegi keja tak jumpa matahari balik pun tak jumpa gak. Suka masak2 tapi pd hari sabtu dan ahad je . Aku ini wanita biasa..
5. APAKAH KENANGAN MANIS ANDA SEWAKTU BERGELAR IBU
Amat manis bila kita di sahkan layak untuk bergelar ibu
6. KENANGAN PAHIT
Pahit mcm henpedu tu tak de la, kalau pahit maung masam manis ada la..
7. KATA-KATA KHAS BUAT SUAMI
Terima kasih.. kerana masih menghargai ku hingga kini
8. JIKA ADA ANAK APAKAH NASIHAT ANDA KEPADA NAK DAN JUGA BUAT ANAK2 DI LUAR
Taat kedua ibubapa dan suruhan Allah pasti hidup kamu di berkati
9. APAKAH HARAPAN ANDA KEPADA ANAK ANDA
Harapan setinggi gunung....tak de aaa..harap2 anak2 tidak lupa ibu dan bapa sampai bila2
10. NASIHAT BUAT SI GADIS DI LUAR SANA
Pastinya satu hari nanti kamu2 akan menjadi ibu dan tahu perasaan ibu...











Sunday, March 6, 2011

ROTI SARDIN/TELUR TARIK2 NOSTALGIA

Lama betul roti jenis ni tak buat sendiri,selalu beli je tapi sejak anak-anak dah besar2 makan tak cukup satu jadi rajinkan diri buat untuk satu keluarga nye breakfast, berbaloi masak sendiri makan sampai puas. Menangis mamak kat warung kalau ibu-ibu kat rumah masak roti canai/sardin/telur sendiri, kalau suka dan nak cuba ambil resepi kat bawah .Ini adalah cara aku nye

bahan-bahannya
500 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan susu tepung (aku guna susu omega)
Air secukupnya
Minyak sapi+minyak masak secukupnya

Telur di kocok + garam (satu biji utk satu keping roti)
Bawang besa
1 tin sardin sedang di hancurkan (aku guna sardin cap ayam)
Cili merah cencang halus

Caranya.
Campurkan susu tepung dlm tepung gandum gaulkan
Susu pekat+garam+ air dlm satu mangkuk masukkan dalam tepung dan uli tambah air sehingga menjadi doh.. uli tepung tersebut sampai nampak licin. bentuk-bentuk sebesar bola pingpong atau nak besar mcm bola tenis pun boleh. sapukan minyak pada bola-bola tepung tersebut
(biarkan beberapa jam aku pulak uli tepung malam dan esok pagi baru tarik-tarik nak tebar tak reti.

Sediakan bahan untuk dalam
Esok pagi sedia untuk menarik2 roti bila dah lebar tu isikan dengan bawang telur sardin dan lipatkan goreng dengan api kecil. cecah dengan kuah kari atau dalca.. ikhlas **Rossalle**

KEK COKELAT KUKUS


Lama tak update blog .. bukan apa hati ku terkesima selepas excident ari tu hilang mood masak ini pun ujung minggu ni baru nak mula.. napa tah masih fobia masih terbayang macammana kereta aneey dengan lajunya melanggar keretaku.. lepastu siap ugut2 aku lagi panggil geng2 mcm nak pau aku.. aku bersyukur pada masa tu ada seorang hamba allah membantu aku siap suruh aku terus gi balai jangan tunggu2 lagi sebab nampak macam ada yg tak kena Ahhh lega keta pun dah siap repair.nak pegi keja pun tak ada masalah lagi. Ok berbalik pada kek cokelat ni..Aku memang jatuh cinta dengan resepi kat bawah ni sebab memang sedap kek cokelat resepi asal aku lupa ambik kat mana resepi ni ni resepi salin kat bawah ye

Bahan2nya
2 cawan tepung blue key(tepung beserbuk penaik)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 tsp vanilla (ni aku tambah sendiri)
1 cawan air panas

Caranya
Siapkan dan panaskan pengukus Sediakan loyang 8x8x3 (jenis lain pun boleh
Campurkan bahan yang kering dulu (tepung+gula kastor+milo+serbuk koko+)
Gaulkan masukkan telur susu pekat dan air panas juga minyak masak gunakan wisk
je bila dah rata tapiskan supaya lagi halus dan masukan dlm loyang tutupkan dengan
aluminium foil dan sedia untuk di kukus pastikan air dlm kukusan telah mendidih
Kukus la sampai masak (aku kukus 2 jam gerenti masak tak payah cucuk2)

Monday, February 21, 2011

KEK UBI KAYU


Kuih ni buat malam tadi tapi pepagi nak pegi keja tu tak sempat nak masukkan siap-siap potong snap gambar jab masuk tipuware dah pegi.. Napa entah resepi ni namanya kek tapi sebenornya bila buat bingka tapi tak pe lah rasanya memang sedap, lemak dan manisnya sedang je. Kalau pernah makan bingka ubi kat Sedap Corner di JB masa dulu2 tu serupa la rasa dia. bukan sekarang punya hancuss ketotol buat baling anjing pun benjol..waaaa busuknya bahasa aku.. hahaha... Buat My best friend Mrs ZID yg tak dapat rasa kuih ni pagi tadi pegi audit katanya sorry lain kali lah rasa ye. Aku tak ingat ambik resepi ni kat rumah sapa, minta halal kalau sapa punya resepi pls bagi coment nanti aku link kan ok

Salin resepi kalau nak cuba buat

Bahan-bahan

4 cawan parutan ubi kayu siap di perah (aku timbang lebih kurang 1 kg)
1 cawan gula pasir (aku masukkan 1 1/4 cawan)
2 cawan santan pekat (aku guna santan kotak)
1 cawan susu cair (aku guna susu sejat carnation)
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter
2 tsp baking powder
1 tsp vanilla (aku guna vanilla jenis serbuk)
2 titik warna kuning

Caranya
Panaskan ketuhar pd suhu 190 lenserkan loyang 8X8 dengan butter(aku guna loyang 9X9
Pukul gula butter dan telur sekadar sebati semuanya
masukkan ubikayu parut baking powder vanilla santan susu cair dan pewarna kuning serta garam gaulkan sebati
Tuang ke dalam acuan dan ratakan bakar selama 1 1/2 jam api atas bawah (ini cara aku buat)
Tunggu sejuk baru di potong.. nyamannn



Saturday, February 19, 2011

SLICE CHEESE CAKE



Kek lagi... aku suka tu yang buat ..lagipun bahan ada godeh2 jadi..tak kiralah bosannya apa nak tulisni otak beku tak de idea resepi ni dah lama print tapi simpan je resepi asal tengok Onigiri
dan Hana (tapi hana tukar rasa pandan )kalau suka resepi kat bawah ni aku copy

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm ) *(aku guna 18cm=7in)

  • 4-5 keping slice cheese *(aku guna 5 keping)
  • 200 ml susu segar *(aku guna susu fullcream)
  • 70 gram butter atau marjerin *(aku guna butter)
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M*(aku guna telur A)
  • beberapa titik esen vanila *(aku guna jus lemon 1tsp)

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
pssss. mana-mana ada tanda *( ini aku ubah

APAM SALJU @ APAM BERAS

Minum petang jom... buat apam ari ni kita..tengok resepi kat rumah YATIE dan HANA walaupun aku selalunya terlambat buat daripada mereka tapi tak kesahlah.. janji sedap.
Resepi aku copy dari
cha myresipi.com

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi sejuk (jgn guna nasi dari beras wangi)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (aku gunakan semua gula putih)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.(campur nasi dgn sedikit air dulu dan tambah2 air lagi)
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.Pastikan adunan dah naik lepas tu baru la nak + apa-apa colour
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

tipssss.. Acuan sapukan dengan minyak dulu, acuan kosong tu kukus 2-3 minit keluarkan dan isikan dengan adunan selamat mencuba..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...