Sunday, March 6, 2011

KEK COKELAT KUKUS


Lama tak update blog .. bukan apa hati ku terkesima selepas excident ari tu hilang mood masak ini pun ujung minggu ni baru nak mula.. napa tah masih fobia masih terbayang macammana kereta aneey dengan lajunya melanggar keretaku.. lepastu siap ugut2 aku lagi panggil geng2 mcm nak pau aku.. aku bersyukur pada masa tu ada seorang hamba allah membantu aku siap suruh aku terus gi balai jangan tunggu2 lagi sebab nampak macam ada yg tak kena Ahhh lega keta pun dah siap repair.nak pegi keja pun tak ada masalah lagi. Ok berbalik pada kek cokelat ni..Aku memang jatuh cinta dengan resepi kat bawah ni sebab memang sedap kek cokelat resepi asal aku lupa ambik kat mana resepi ni ni resepi salin kat bawah ye

Bahan2nya
2 cawan tepung blue key(tepung beserbuk penaik)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 tsp vanilla (ni aku tambah sendiri)
1 cawan air panas

Caranya
Siapkan dan panaskan pengukus Sediakan loyang 8x8x3 (jenis lain pun boleh
Campurkan bahan yang kering dulu (tepung+gula kastor+milo+serbuk koko+)
Gaulkan masukkan telur susu pekat dan air panas juga minyak masak gunakan wisk
je bila dah rata tapiskan supaya lagi halus dan masukan dlm loyang tutupkan dengan
aluminium foil dan sedia untuk di kukus pastikan air dlm kukusan telah mendidih
Kukus la sampai masak (aku kukus 2 jam gerenti masak tak payah cucuk2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...