Monday, March 21, 2011

ULUNDU WADE

Haa.. ada yg gelakkan aku tu.. berjaya jugak aku buat kueh ni resepi aku ambil dari SINI dan juga dari Pn Zainon. Aku siap mengendap Aci kat pasar malam macam mana nak bentukkan kueh ni siap dia jeling aku sebab dia perasan aku cuba mentelaah apa yg di buat hahaha.. Mula2 buat memang gagal pe nak buat lubang tu tapi aku cuba sampai bole. resepi tengok kat bawah ye

Bahan-bahannya
1 cawan urad dal (dal hitam) kalau tak kenal dal ni tanya kedai india
*2 sudu makan daun kari di hiris
*1 biji lada hijau di hiris (aku tambah cili api dan lada kering hiris)
*1 sudu jintan manis di tumbuk
*2 sudu makan bawang hiris
*1 sudu kecil garam atau secukup
* 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu makan nasi
Air secukupnya (ini tak sukat ikut kesesuaian)
Minyak masak utk mengoreng

Caranya
Rendam urad dal selama 5 jam (aku rendam 1 mlm dlm esbok) Toskan dan kisar dengan mencampur 1 sudu nasi.dan sedikit air kisar halus (adunan ini tidak cair ianya mcm cookies yg lembik melekat tu. Keluarkan dari pengisar dan campurkan semua bahan bertanda * ...
Panaskan minyak dgn api sederhana. Sarungkan sebelah tangan dengan plastik. ambil 1 sudu adunan letak atas tangan yang ada plastik. Basahkan jari tangan sebelah tu tekan adunan dan lubangkan dengan jari dan terus masukkan dlm minyak. buatlah begitu dalam 5 atau 6 ketul goreng sampai kekuningan angkat dan toskan.. sedia di hidang Pencecah nya aku belum belajar lagi **ikhlas ROSSALLE**

5 comments:

hasrul hassan said...

Uikss..nama peliknya. Rasanya camner ehh?

rossalle said...
This comment has been removed by the author.
rossalle said...

Nama pelik, ini makanan kaun india rasa sedap pe

kak ina kl (2) said...

wade ni akak ajer yang suka..tq bagi resepi macarons..nanti vitamin R datang akak buat lagi yer

leilawati said...

Thanx.... Akhirnya jumpa nama wadeh nie.... Hmmm ... Memang menjadi la rupanya... Mesti sedap....nanti nak try gak buat... Ingatkan guna dal biasa rupanya...guna dal hitam ya... Thanx for this recipe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...