Wednesday, May 25, 2011

Butter Ohhh.. Butter

Sekarang ni kita sedang terkesima mendengar macam-macam kisah benar berkaitan butter/mentega. Semuanya membuatkan aku rasa sedih dan marah. Kalaulah dari awal aku tahu bahan haram tu ada dalam mentega yang selalu aku guna sudah tentu aku tak kan menggunakannya apa dayaku Raya nanti pastinya marjerin planta menjadi pilihan ..Dulu2 pun mak2 kita pakai merjerin je./. Macammana dengan perusahaan kek2 lapis secara besar2 tu pakai mentega apa lepas ni.. Sendiri jawab lah..

Tuesday, April 26, 2011

KEK CHOKLAT CHEESE

Kek ni sebenarnya hasil gabungan dari pelbagai sumber yang aku campur adukkan sampai menjadi kek yang tidak menghampakan. Rasa nya sedaplahhh.. salin kat bawah kalau suka nak cuba buat

Sediakan loyang 10X10X3 di sapu butter dan alas dengan kertas yg melempai tepi loyang
bahan-bahannya (bahagian bawah)
250 gm butter
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk dlm peti ais
1 tsp esen vanilla
3 biji telur A

caranya.
Ayak tepung + serbuk koko
Putar butter + gula kastor sampai gebu masukkan telur satu persatu sambil di putar
putar kelajuan sedarhana
Perlahankan mixer masukkan tepung di selang selikan dengan susu cair masukkan esen vanilla dan akhirnya masukkan air sejuk gaulkan dan masukkan dlm loyang
Bakar dengan suhu 170 selama 40 minit

Bahan atas
250 cream cheese
1 biji telur
60 gm gula kastor
1 tsp asen vanilla
1 tsp lemon jus
1 sudu makan tepung jagung
1tsp serbuk koko

Caranya
putar cream cheese + gula kastor sampai rata dan berkerim
masukkan telur dan putar lagi masukkan esen vanila dan jus lemon
masukkan tepung jagung
Ambil 1 suduk makan adunan cheese dan gaulkan dengan serbuk koko dan masukkan dlm
piping bag

Selepas kek masak curah adunan cheese di atasnya ratakan kemudian picitkan adunan cheese choklat di atas cheese secara lorek2 ambil lidi atau sudu kecil dan lorek mengikut kreativiti sendiri bakar dlm suhu 150 selama 15 minit... dah siap sejukkan sepenuhnya sebelum di potong ikhlas dari **ROSSALLE**







Saturday, April 2, 2011

SWEET POTATO BALL

Apa yang boleh aku katakan kueh ni sedapppp. Kalau guna kledek pepal agaknya jadi dragon ball heheh. rangup di luar lembut di dalam. Resepi rempit kat sini dan sumber PN Zainon yg suka makan kueh ni kalau pegi Cameron kalau suka boleh cuba resepi aku tulis balik kat bawah ni Bahan-bahannya 500 gm keledek jepun (keledek malaysia pun bole lah) 2 cawan tepung pulut 1/4 cawan tepung jagung 1/4 cawan kelapa parut (putih nye) 1 cawan gula pasir (aku buh 3/4 cawan je) 1/4 cawan air Sedikit garam Caranya Rebus atau kukus keledek buang kulitnya dan lenyekkan Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan tuang kan air sedikit-sedikit sehingga jadi doh. bulat2 kan (ikutlah nak besar mana) comel2 lagi baik Goreng dalam minyak terendam dengan api jangan terlalu besar sampai kuning kecoklatan Toskan minyak dan biar sejuk sedikit jangan ngap masa panas2 sangat tu, melecur kang bibir.. Ikhlas dari **ROSSALLE**

Monday, March 21, 2011

ULUNDU WADE

Haa.. ada yg gelakkan aku tu.. berjaya jugak aku buat kueh ni resepi aku ambil dari SINI dan juga dari Pn Zainon. Aku siap mengendap Aci kat pasar malam macam mana nak bentukkan kueh ni siap dia jeling aku sebab dia perasan aku cuba mentelaah apa yg di buat hahaha.. Mula2 buat memang gagal pe nak buat lubang tu tapi aku cuba sampai bole. resepi tengok kat bawah ye

Bahan-bahannya
1 cawan urad dal (dal hitam) kalau tak kenal dal ni tanya kedai india
*2 sudu makan daun kari di hiris
*1 biji lada hijau di hiris (aku tambah cili api dan lada kering hiris)
*1 sudu jintan manis di tumbuk
*2 sudu makan bawang hiris
*1 sudu kecil garam atau secukup
* 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu makan nasi
Air secukupnya (ini tak sukat ikut kesesuaian)
Minyak masak utk mengoreng

Caranya
Rendam urad dal selama 5 jam (aku rendam 1 mlm dlm esbok) Toskan dan kisar dengan mencampur 1 sudu nasi.dan sedikit air kisar halus (adunan ini tidak cair ianya mcm cookies yg lembik melekat tu. Keluarkan dari pengisar dan campurkan semua bahan bertanda * ...
Panaskan minyak dgn api sederhana. Sarungkan sebelah tangan dengan plastik. ambil 1 sudu adunan letak atas tangan yang ada plastik. Basahkan jari tangan sebelah tu tekan adunan dan lubangkan dengan jari dan terus masukkan dlm minyak. buatlah begitu dalam 5 atau 6 ketul goreng sampai kekuningan angkat dan toskan.. sedia di hidang Pencecah nya aku belum belajar lagi **ikhlas ROSSALLE**

Tuesday, March 8, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU



Terpanggil rasanya untuk join sama , klik sini syarat di beri macam layak je ikut
1. LETAK BANNER BEN
Akak dah letak pun
2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGERI IBU dan linkkan
OK Macam aku bole buat
3. SIAPA YANG LAYAK MASUK? Bloger bloger yang bergelar ibu
Anak ada 4 layak kot
4. CERITAKAN SERBA RINGKAS MENGENAI DIRI ANDA
Aku seorang ibu berkerjaya pegi keja tak jumpa matahari balik pun tak jumpa gak. Suka masak2 tapi pd hari sabtu dan ahad je . Aku ini wanita biasa..
5. APAKAH KENANGAN MANIS ANDA SEWAKTU BERGELAR IBU
Amat manis bila kita di sahkan layak untuk bergelar ibu
6. KENANGAN PAHIT
Pahit mcm henpedu tu tak de la, kalau pahit maung masam manis ada la..
7. KATA-KATA KHAS BUAT SUAMI
Terima kasih.. kerana masih menghargai ku hingga kini
8. JIKA ADA ANAK APAKAH NASIHAT ANDA KEPADA NAK DAN JUGA BUAT ANAK2 DI LUAR
Taat kedua ibubapa dan suruhan Allah pasti hidup kamu di berkati
9. APAKAH HARAPAN ANDA KEPADA ANAK ANDA
Harapan setinggi gunung....tak de aaa..harap2 anak2 tidak lupa ibu dan bapa sampai bila2
10. NASIHAT BUAT SI GADIS DI LUAR SANA
Pastinya satu hari nanti kamu2 akan menjadi ibu dan tahu perasaan ibu...











Sunday, March 6, 2011

ROTI SARDIN/TELUR TARIK2 NOSTALGIA

Lama betul roti jenis ni tak buat sendiri,selalu beli je tapi sejak anak-anak dah besar2 makan tak cukup satu jadi rajinkan diri buat untuk satu keluarga nye breakfast, berbaloi masak sendiri makan sampai puas. Menangis mamak kat warung kalau ibu-ibu kat rumah masak roti canai/sardin/telur sendiri, kalau suka dan nak cuba ambil resepi kat bawah .Ini adalah cara aku nye

bahan-bahannya
500 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan susu tepung (aku guna susu omega)
Air secukupnya
Minyak sapi+minyak masak secukupnya

Telur di kocok + garam (satu biji utk satu keping roti)
Bawang besa
1 tin sardin sedang di hancurkan (aku guna sardin cap ayam)
Cili merah cencang halus

Caranya.
Campurkan susu tepung dlm tepung gandum gaulkan
Susu pekat+garam+ air dlm satu mangkuk masukkan dalam tepung dan uli tambah air sehingga menjadi doh.. uli tepung tersebut sampai nampak licin. bentuk-bentuk sebesar bola pingpong atau nak besar mcm bola tenis pun boleh. sapukan minyak pada bola-bola tepung tersebut
(biarkan beberapa jam aku pulak uli tepung malam dan esok pagi baru tarik-tarik nak tebar tak reti.

Sediakan bahan untuk dalam
Esok pagi sedia untuk menarik2 roti bila dah lebar tu isikan dengan bawang telur sardin dan lipatkan goreng dengan api kecil. cecah dengan kuah kari atau dalca.. ikhlas **Rossalle**

KEK COKELAT KUKUS


Lama tak update blog .. bukan apa hati ku terkesima selepas excident ari tu hilang mood masak ini pun ujung minggu ni baru nak mula.. napa tah masih fobia masih terbayang macammana kereta aneey dengan lajunya melanggar keretaku.. lepastu siap ugut2 aku lagi panggil geng2 mcm nak pau aku.. aku bersyukur pada masa tu ada seorang hamba allah membantu aku siap suruh aku terus gi balai jangan tunggu2 lagi sebab nampak macam ada yg tak kena Ahhh lega keta pun dah siap repair.nak pegi keja pun tak ada masalah lagi. Ok berbalik pada kek cokelat ni..Aku memang jatuh cinta dengan resepi kat bawah ni sebab memang sedap kek cokelat resepi asal aku lupa ambik kat mana resepi ni ni resepi salin kat bawah ye

Bahan2nya
2 cawan tepung blue key(tepung beserbuk penaik)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 tsp vanilla (ni aku tambah sendiri)
1 cawan air panas

Caranya
Siapkan dan panaskan pengukus Sediakan loyang 8x8x3 (jenis lain pun boleh
Campurkan bahan yang kering dulu (tepung+gula kastor+milo+serbuk koko+)
Gaulkan masukkan telur susu pekat dan air panas juga minyak masak gunakan wisk
je bila dah rata tapiskan supaya lagi halus dan masukan dlm loyang tutupkan dengan
aluminium foil dan sedia untuk di kukus pastikan air dlm kukusan telah mendidih
Kukus la sampai masak (aku kukus 2 jam gerenti masak tak payah cucuk2)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...