Tuesday, September 20, 2011

CASHEWNUT COKELAT










Maaf le lama tak bersiaran .

Biskut ni sedap jadi cubala buat utk raya aji pulak


Bahan A

250gm mentega (aku guna SCS)

80 gm gula kastor (bukan gula icing tau)

1 tsp cofee oil (aku ganti dengan mocca)


Bahan B

1 tbs serbuk koko

1 tbs tepung beras (cap teratai nye)

30 or 40 gm milo

20 gm nestum (kisar halus)

230 tepung gandum (cap sauh)

100 gm tepung jagung (dlm tin)


Hiasan

coklat hijau

gajus biji (bakar dlm oven 10 minit dulu) (di belah) tiap-tiap 1/2 utk sekeping biskut

1 biji telur + vanilla di pukul sedikit - untuk lekatkan gajus atas biskut


Caranya :

Sebatikan bahan A hingga mesra

masukkan bahan B uli sebati canaikan terap dgn acuan sapu atas biskut dgn telur lekatkan dgn gajus Susun dlm loyang bakar pada suhu 150-160 lebih kurang 15-20 minit bergantung pd oven masing2 Bila sejuk baru lorekkan dengan coklat hijau ..


(Biskut ini tak gunakan telur)

**Pesanan saya.. bila biskut masak jangan biarkan sejuk di atas dulang ,angkat biskut letakkan atas redai atau jaring-jaring supaya biskut lebih rangup bukannya rapuh lembut.




Wednesday, August 24, 2011

sempena ramadhan menjelang ke Syawal ni, berniagalah kita untuk mencari duit lebih sikit...

kek yang menjadi pilihan adalah :
  • Kek Lapis Asam Manis
  • Kek Lapis Tembikai
  • Kek Lapis Horlick Milo



resepi kek lapis holick-milo (link)
resepi kek lapis asam manis dari blog Rozzan



*auto-publish entri

Tuesday, August 23, 2011

kerja terlebih kreatif

ni kerja terlalu rajin membuat Tiramisu



Cheese Cake berhias bagai tempahan rakan sekerja untuk birthday isterinya...




recipe kalau nak boleh request, nanti akan diupdate...insyallah...

Wednesday, May 25, 2011

Butter Ohhh.. Butter

Sekarang ni kita sedang terkesima mendengar macam-macam kisah benar berkaitan butter/mentega. Semuanya membuatkan aku rasa sedih dan marah. Kalaulah dari awal aku tahu bahan haram tu ada dalam mentega yang selalu aku guna sudah tentu aku tak kan menggunakannya apa dayaku Raya nanti pastinya marjerin planta menjadi pilihan ..Dulu2 pun mak2 kita pakai merjerin je./. Macammana dengan perusahaan kek2 lapis secara besar2 tu pakai mentega apa lepas ni.. Sendiri jawab lah..

Tuesday, April 26, 2011

KEK CHOKLAT CHEESE

Kek ni sebenarnya hasil gabungan dari pelbagai sumber yang aku campur adukkan sampai menjadi kek yang tidak menghampakan. Rasa nya sedaplahhh.. salin kat bawah kalau suka nak cuba buat

Sediakan loyang 10X10X3 di sapu butter dan alas dengan kertas yg melempai tepi loyang
bahan-bahannya (bahagian bawah)
250 gm butter
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung kek
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk dlm peti ais
1 tsp esen vanilla
3 biji telur A

caranya.
Ayak tepung + serbuk koko
Putar butter + gula kastor sampai gebu masukkan telur satu persatu sambil di putar
putar kelajuan sedarhana
Perlahankan mixer masukkan tepung di selang selikan dengan susu cair masukkan esen vanilla dan akhirnya masukkan air sejuk gaulkan dan masukkan dlm loyang
Bakar dengan suhu 170 selama 40 minit

Bahan atas
250 cream cheese
1 biji telur
60 gm gula kastor
1 tsp asen vanilla
1 tsp lemon jus
1 sudu makan tepung jagung
1tsp serbuk koko

Caranya
putar cream cheese + gula kastor sampai rata dan berkerim
masukkan telur dan putar lagi masukkan esen vanila dan jus lemon
masukkan tepung jagung
Ambil 1 suduk makan adunan cheese dan gaulkan dengan serbuk koko dan masukkan dlm
piping bag

Selepas kek masak curah adunan cheese di atasnya ratakan kemudian picitkan adunan cheese choklat di atas cheese secara lorek2 ambil lidi atau sudu kecil dan lorek mengikut kreativiti sendiri bakar dlm suhu 150 selama 15 minit... dah siap sejukkan sepenuhnya sebelum di potong ikhlas dari **ROSSALLE**







Saturday, April 2, 2011

SWEET POTATO BALL

Apa yang boleh aku katakan kueh ni sedapppp. Kalau guna kledek pepal agaknya jadi dragon ball heheh. rangup di luar lembut di dalam. Resepi rempit kat sini dan sumber PN Zainon yg suka makan kueh ni kalau pegi Cameron kalau suka boleh cuba resepi aku tulis balik kat bawah ni Bahan-bahannya 500 gm keledek jepun (keledek malaysia pun bole lah) 2 cawan tepung pulut 1/4 cawan tepung jagung 1/4 cawan kelapa parut (putih nye) 1 cawan gula pasir (aku buh 3/4 cawan je) 1/4 cawan air Sedikit garam Caranya Rebus atau kukus keledek buang kulitnya dan lenyekkan Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan tuang kan air sedikit-sedikit sehingga jadi doh. bulat2 kan (ikutlah nak besar mana) comel2 lagi baik Goreng dalam minyak terendam dengan api jangan terlalu besar sampai kuning kecoklatan Toskan minyak dan biar sejuk sedikit jangan ngap masa panas2 sangat tu, melecur kang bibir.. Ikhlas dari **ROSSALLE**

Monday, March 21, 2011

ULUNDU WADE

Haa.. ada yg gelakkan aku tu.. berjaya jugak aku buat kueh ni resepi aku ambil dari SINI dan juga dari Pn Zainon. Aku siap mengendap Aci kat pasar malam macam mana nak bentukkan kueh ni siap dia jeling aku sebab dia perasan aku cuba mentelaah apa yg di buat hahaha.. Mula2 buat memang gagal pe nak buat lubang tu tapi aku cuba sampai bole. resepi tengok kat bawah ye

Bahan-bahannya
1 cawan urad dal (dal hitam) kalau tak kenal dal ni tanya kedai india
*2 sudu makan daun kari di hiris
*1 biji lada hijau di hiris (aku tambah cili api dan lada kering hiris)
*1 sudu jintan manis di tumbuk
*2 sudu makan bawang hiris
*1 sudu kecil garam atau secukup
* 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu makan nasi
Air secukupnya (ini tak sukat ikut kesesuaian)
Minyak masak utk mengoreng

Caranya
Rendam urad dal selama 5 jam (aku rendam 1 mlm dlm esbok) Toskan dan kisar dengan mencampur 1 sudu nasi.dan sedikit air kisar halus (adunan ini tidak cair ianya mcm cookies yg lembik melekat tu. Keluarkan dari pengisar dan campurkan semua bahan bertanda * ...
Panaskan minyak dgn api sederhana. Sarungkan sebelah tangan dengan plastik. ambil 1 sudu adunan letak atas tangan yang ada plastik. Basahkan jari tangan sebelah tu tekan adunan dan lubangkan dengan jari dan terus masukkan dlm minyak. buatlah begitu dalam 5 atau 6 ketul goreng sampai kekuningan angkat dan toskan.. sedia di hidang Pencecah nya aku belum belajar lagi **ikhlas ROSSALLE**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...