Bersempena maulidul rasul, anak bungsu ku juga menyambut birthdaynya yang ke 10 thn. Kebetulan pula semua abang dan kakaknya ada kat rumah. Jadi hakupun buatkan la sikit..majlis pada malam tu lepas maghrib untuknya..kecil2 aja. panggil bebudak keiling rumah geng anakku main basikal. Semua buat sendiri penat ooo..kek pun buat sendiri. boleh jimat kos apa2 pun Selamat Harijadi yang ke 10 buat NAQIB...
Sunday, February 28, 2010
Wednesday, February 24, 2010
PIZZA BEAF PAPPERONI
Ari ni pagi b/fest dengan pizza pulak, jangan tak tau pizza ni senang sangat nak sediakan cuma ambil dlm esbok lpastu masuk oven 15 minit dah siap.. waaakakaka .. Ibu malas ari ni readymade jangan tak tau Jusco Selection sedap jugak tapi standad pasarmalam Bole la janji tak lapar anakku pegi sekolah..emaknya pun sama kenyang pegi opis...
Sunday, January 31, 2010
JEMPUT2 UDANG AIR PANAS
Petang2 minggu kenalah buat kunyah2 kalau tak anak2 asyik bukak esbok je.. ha jemput2 mak buat banyak ni .. makan sampai kenyang2 .. malam nanti x payah makan.. tak mungkin kot kalau perut bebudak.. lagi satu kengkawan.. jangan lupa lepas ni jgn dera haku lagi bawak jejemput ke office kalau terhingin nak makan. sebelum ni haku buat pakai agak2 aja di sebabkan korang semua nak resepi nya haku perturunkan, tapi jangan derhaka dengan resepi ni tambah bahan boleh jangan kurangkan sukatan asasnya..
Bahan-bahannya
300 gm tepung serbaguna (tepung gandum cap sauh)
280 gm bawang holand (bawang kuning)
165 gm isi udang (potong kecil2)
25 gm kucai atau daun bawang
15 gm lada hijau hiris (1 biji)
5 gm garam
500 gm air panas mendidih..(bukan air suam ye)
sedikit serbuk perasa (boleh abaikan)
caranya
Bancuh garam dgn sedikit air panas
Satukan semua bahan tepung+bawang+isi udang+lada+kucai gaulkan, tuang air garam di ikuti dengan air panas gaul rata.. pasaskan minyak , api jangan terlalu kuat, masukkan adunan pakai sudu atau jari.. mana-mana lah.. masaklah sampai agak kekuningan .. dah siap..
Selamat mencuba.. kalau tak jadi jugak itu, haku tak reti nak hajar lagi..
Monday, January 25, 2010
LAUK HARI MINGGU
Sunday, January 17, 2010
TALAM SERIMUKA
Betul ke nama kueh ni Serimuka, tang mana yang jadi Seri tu haku tak tau, Buatla seloyang pukul 2, petang-petang makan pulak kueh ni.. Ish... berapa banyak lemak santan masuk dlm perut aku ari ni. Se loyang santan 2 biji kelapa..tak peAnak-anak suka kueh ni.. kengkawan jamu mata ajalah ye.. tak sempat nak bawa kat office dah licih..
Resipi
Bahan-bahan
Loyang 10X10 alas plastik (tengok gambar lapis tokyo)
500 gm beras pulut
1300 ml santan
120 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
300 gm gula pasir
100ml air daun pandan
1 biji telur (boleh abaikan kalau tak suka)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Caranya
1. Rendam beras pulut 3 jam toskan dan masukkan dalam loyang masukkan 700ml santan dan sedikit garam
2. kukus 20 minit
3. Adunkan tepung gandum +tepung ubi+ garam+air pandan + santan 600ml +gula+telur +pewarna blend sekejap untuk lebih halus
4. Masakkan di atas apa sebentar samapi naik wap sahaja
5. Setelah pulut masak padatkan menggunakan sudu.
6. Tuang adunan tepung atas pulut
7. kukus lagi 20 minit dan sehingga masak
Sejukkan baru di potong
Psss.. Pastikan air di tutup pengukus tidak menitik atas kueh
Friday, January 15, 2010
lauk

Lemak Merah Udang Galah

Udang Galah masak Lemak Cili Api

Ini keluar daripada tajuk la pulak.. Rasanya macam tak seronok kalau tak kongsi dengan kengkawan.. Udang galah beli di Kota Tinggi. memang best.. baru lagi. masak 2 jenis lemak Cili Api (untuk hubby yg suka pedas berapi) .Masak lemak merah buat haku dan anak-anak begitu juga dengan Siakap 3 Rasa, anak-anak ku punya citarasa. Hari minggu je masak macam ni bila anak-anak ada kat rumah hari lain tak masak beli je.
Subscribe to:
Comments (Atom)
