Monday, May 4, 2009

MARBLE CHEESE BROWNIES


Brownies ni dah 3 kali buat baru ni nak masukkan kat sini.. asyik tak sempat je nak ambil gambar..anak-anak ku cakap sedap sangat..masuk dlm mulut lepas tu rasa keserasian antara coklat dgn cheese ngam sungguh..
resepi nya ini ha...ku ciluk drpd blog jasmeen..
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor 1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

KEK PISANG EASY

Kek Pisang Easy ini aku ambil .daripada telatah. com resepi nya aku lampirkan sekali cubalah pasti tak mengecewakan.

Bahan-bahan
5 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang di lecek (ku guna pisang montel)
3 tsp bicarbonate of soda (ku guna 2 tsp je)
1 cawan minyak masak (ku guna butter cair)


cara-caranya
Pukul telur dan gula sampai kembang
masukkan tepung sedikit sedikit (ayak dulu dgn soda bicarbonate)
masukkan pisang lecek
masukkan ovallete dan minyak
Bakar 180 dgn loyang 9x9x3 lebih kurang 45min - 1 jam

Monday, March 30, 2009

KEK LAPIS PUTIH TELUR


Projek semalam sayang tengok putih telur banyak dalam petiais. Daripada terbiar boleh di jadikan kueh.. Resepi asal dah lupa dari mana ku ambil. Berikut resepi yang telah Ros ubah mengikut kehendak ku
Bahan-bahannya:-
Bahan A
500gm Putih Telur (10 biji putih telur A+)
180 gm Gula Kaster
1 sudu makan Ovelette
1 sudu makan Perisa Yam (Keladi)
Bahan B
250 gm Butter (Guna yg baik le nak sedap)
4 sudu makan susu pekat
Bahan C
180 gm tepung Hongkong
20 gm susu tepung (aku guna susu omega) lain-lain jenis pun boleh
pewarna ungu
Caranya.
Putar bahan A hingga berbuih (soft Peak)
Dalam bekas lain putar bahan B sampai kembang
Satukan bahan B ke dalam bahan A - putar sampai sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil putar perlahan di ikuti susu tepung
Bahagi kepada dua bahagian 1 bahagian warna asal dan 1 bahagian warna ungu
Bakar selapis-selapis, dengan api atas, setiap lapis guna lebih kurang 7 sudu (1/3 cawan)
Gunakan loyang 7 X 7 X 4
(Menghasilkan 8 lapis)
(Tak percaya buatlah ini resepi betul-betul beri tak tipu punya)

Sunday, March 15, 2009

KEK LAPIS TEMBIKAI





Kek lapis Tembikai, kek ini rasa honeydew =. (jus HD + parutan HD)

Wednesday, March 11, 2009

KEK BIRTHDAY NAQIB

Pada 25/Feb yang lepas anak bungsu ku menyambut hari lahirnya yang ke 9 tahun..Jadi aku buatkan kek besar untuk nya.. tapi taklah cantik mcm dikedai tu.. walau apapun dia puashati janji ada kek..dan yang pasti (puji sendiri) kek ini sedap.. ada rasa vanilla dan choklat...
Kek ini kurang menarik sebab masih panas lagi dah di potong, coklatnya masih belum keras lagi itu yang nampak sememeh je,
walaupun begitu anak-anak ku memuji kek ini sedappppp...

KEK LAPIS KANDOS CHEESE

Dah lama tak tak tulis apa dlm blog ni, sibuk sikit, lagipun 2 orang puteri ku tak tinggal bersama masing-masing duduk di asrama, sunyi juga, kalau tak bila-bila masa nak buat kek atau apa-apa

masakan tak payah susah-susah buat sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...