Sorry resepinya saya dah tak ingat, yang mana satu resepi ini pun saya cilok daripada tukang masak alamaya, rasa boleh tahan sedap, dan lembab, kalau nanti terjumpa balik resepi tu akan saya masukkan
Sunday, February 1, 2009
Banji & Swissroll
Ini projek malam tadi permintaan puteri ku yang suka sangat dgn swissroll. Resepi kalau sesiapa yang berminat boleh dapatkan nya dlm blog maklang azie. (Di bawah ku copy drpd Maklang). Ini entah yang keberapa kali buat mungkin tak cantik tapi cukuplah bagi memuaskan hati anak-anak ku..
Kek Gulung/Swiss Roll Batik Sumber :
Apek
Bahan-bahan 6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor 1
sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair sedikit
coklat emulco jem strawberri
Step 1 Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
Step 2 Adunan dah gebu akan jadi camni
Step 3 Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
Step 4 Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag Step 5 Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
Step 6 Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
Step 7 Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak
Step 8 Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
Step 9 Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
Step 10 Dah gulung, bolehlah dipotong camni
*******
Tip daripada ku sendiri.
kalau ikut apa yang saya buat, saya gunakan tepung halus (Nona pek oren)
Saya hanya ada hand mixer, jadi saya putar telur dulu dah gebu baru masukkan gula di ikuti bahan-bahan yang lain.
satu persatu.. dan akhir sekali baru lah butter cair (cairkan dlm microwave 20 saat)
Dah siap gulung simpan dlm petiais dulu jadi nampak cantik bila
di potong...
Wednesday, November 19, 2008
BAHULU PANDAN
Ini Baulu Pandan yang saya baru buat semalam atas permintaan anak lelaki ku,dah lama tak buat baulu ni, lepas masak anakku suruh belah masa panas-panas lagi tak sabar nak rasa. resepi asal adalah Pn.Pah Senai, rasanya resepi ni dari kelas kemas yang di hadirinya..
Berikut adalah resepinya yang telah Ros tukarkan dari sukatan guna tin susu kepada metrik lebih senang kan...
Bahan-bahannya
10 biji telur A (asingkan kuning dan putih)
260 gm tepung gandum
440 gm gula pasir
1/2 sudu besar cream of tartar (tak letak tak pe)
1/2 sudu besarBaking Powder
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar esen pandan (lagi sedap kisar daun pandan +air)
2 sudu besar minyak masak (apa brand pun boleh)
Caranya
Ayak tepung+baking powder+cream of tartar
Putar putih telur hingga betul-betul gebu (tak jatuh bila bekasnya di terbalikkan) masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis, masukkan kuning telur satu persatu masukkan adunan tepung sedikit sedikit masukkan asen vanilla dan esen pandan akhir sekali masukkan minyak masak
sediakan loyang besar ukuran 9- 10 in bakar pada suhu 170-180 selama 1 jam 20min
Monday, November 17, 2008
American Chocolate Cake
Monday, November 10, 2008
Lapis Asam manis (2)
Sunday, November 2, 2008
KEK LAPIS ASAM MANIS
Saya sertakan gambar kek lapis pertama yang saya buat, resepi dari rozzan (tq bro) rasa teruja dan gembira sebab berjaya buat..
Subscribe to:
Posts (Atom)