Monday, July 19, 2010

JEM NENAS




Berikut cara nak buat Jem Nenas di rumah. paling senang cubalah... tak payah penat atau panas-panas duduk kat dapur. Sambil tengok TV dan lipat kain.. gitu. Aku telah mencubanya dan gambar ni hasil dari ku resepi sila ambil..
Bahan-bahannya
1 kg nenas parut =2 biji nenas
(guna parut kelapa pesen lama tu supaya nampak berserat kalau di blender nanti halus sangat)
350 gm gula pasir
1 tsp esen vanilla
3 titis warna kuning (aku guna kuning lemon)

Caranya
Masukkan semua bahan dalam rice cooker. gaulkan rata dan tekan cook biarkan, Jangan tutup periuk takut nanti melimpah pulak. Biarkan ia terus mendidih. Masa ni satu rumah bau aroma nenas sedap wooo. Bila api bertukar keep tutup periuk, sesekali tekan cook dan gaulkan, Tak perlu risau jem tidak akan hangus. (Aku biarkan saja jem tu dlm periuk aku masak dari pagi sampaiiiii petang baru aku tutup api.. dan puan-puan tengoklah hasilnya.. cantik kan..(puji senirik la)

PUDING FRUIT COCKTAIL



Sila sejukkan tekak...ehmmm... t.kasih Pn.Zainun haku dah buat dah ikut resepi ko
Sebenarnya haku sorang je yang suka sangat kat puding.. ni.. anak-anak ku ada la sikit2 rasa biasalah aku kalau buat tak reti sikit tu dia ambik ko se loyang.. habiskan sorang2
resepi nya sila lah..
(Bahan A)
1 tbs serbuk agar-agar
3 tbs tepung castard
3 tbs gula pasir (nak manis tambah le)
1 tin susu cair + Air (Jadikan 800ml cecair)
1 sudu kecil esen vanilla

(Bahan B)
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 tin buah cocktail (sejatkan airnya)
1/2 tsp strawberry emulco
1 cawan air buah cocktail

Caranya
1. Bancuh semua bahan A dah kacau atas api tanpa henti. bila dah pekat masukkan dlm loyang ke atau bekas kaca. Biarkan sejuk.
2. Bancuh pula bahan B kecuali buah cocktail dan didihkan atas api.
3. Taburkan buah cocktail atas puding(bahan A) tadi
4. Curahkan Bahan B dengan perlahan menggunakan sudu atas puding yg telah di tabur dengan buah cocktail tadi
Sejukkan beberapa jam. dan sedia di hidang. boleh juga di hidang dgn susu.

Saturday, July 10, 2010

Makaroni Goreng



Ini buat sarapan pagi tadi, buat bekal juga anak gi keja..resepi ni biasa-biasa saja kan kengkawan ibu mitali kat luar sana tentu dah biasa buat nak resepi ? Lain kali update aa.. malas lak nak tapi ni

CHOC CHIP SPOTTIES



Cookies yang jadi kegemaran anak-anak ku . Buat kunyah-kunyah sambil tengok tv nak ke? dah nak habis kalau suka resepi boleh dapat kat rumah MAKLANG tak pe haku tulis balik apa yang haku dah buat.
bahan-bahannya
(bahan a)
150gm butter
130gm gula halus (haku tukar gula perang)
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla

(bahan b)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (aku tambah 1 sudu besar serbuk koko kurangkan sikit tepung)
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/4 sk garam

(bahan c)
100 gm white cooking choc di dadu (aku tak letak stok tak de)
3/4 cawan choc chip (ada sikit jadi aku taruk kat atas je)
2 cawan cornfleks (blend jgn halus sangat) Ini aku tukar 1 cwn cornfleks 1 cwn oat)
1/4 cawan badam cincang ( aku tukar badam biji di bakar kejap dan aku kerat kerat)

Caranya
Pukul bahan a hingga gebu
Masukkan bahan b
Masukkan bahan c dan gaul rata
Adunan agak lembik gunakan sudu kecil dan letak dlm tray
Bakar suhu 150 selama 15 minit (aku bakar dekat 20 min)

(biskut ni kembang jadi jarakkan antara cookies takut bercantum lak nanti) buat sebesar duit seposen je
Kalau tengok haku nye aku buat besar-besar cepat siap... wakkkakaka
Boleh juga jadi list cookies raya...

Monday, July 5, 2010

ROTI MACAM PIZZA


Ini juga kejadian selepas masak mee goreng, Gambar ni ambil masa belum di bakar dah bakar tak de lagi le dah kena mamam tak sempat nak snap gambar. Di sebabkan roti ni terbaring tak de sapa peduli sebelum manapos lebih baik aku pelbagaikan la jadi apa je.. haaaa jadi mcm ni la
Rasanya ala-ala pizza gitu anak-anak ku kata sedap habis licin tak berbaki.
Kalau rasa-rasa ada roti prancis yang baring lama sangat tu cuba-cuba la ye resepi ni .. salin
bahan-bahannya
1/2 isi dada ayam di kisar
1 biji bawang holand di potong kecil2
1 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu kecil oregano flakes
1 sudu butter
garam secukup rasa
Kisar isi ayam. Panaskan butter dan masukkan bawang di ikuti isi ayam ladai hitam oregano dan garam masakkan sekejap shj sejukkan
Sediakan
roti di potong serong (sukahati la nak banyak mana)
sapukan sos spegheti di atas roti taburkan isi ayam tadi,
taburkan juga lada benggala
dan taburkan cheese (aku guna slice cheese sebab itu je yg ada dlm esbok)
Panaskan oven 200'c dan bakar dlm 10 minit sehingga cheese cair dan sedia
di hidang..
Selesai dah lepas ni anak ku dah pandai buat sendiri

MEE GORENG KERANG SEMPOI


Nak ajak makan pun dah selesai dah... buat ni masa hari ahad pagi.. tak tau dah nak pelbagai apa untuk buat sarapan. tengok la resepi ni .. kalau-kalau berhajat nak cuba
bahan-bahannya.
1 kg me kuning (kes tamak nak buat banyak aje)
1 mangkuk kerang rebus (buang kulitnya ) (mangkuk kecil le)
1 mangkuk udang
1 biji buah tomato
4 rumpun sawi di potang ikut suka
300 gm taugeh (buang ekornya)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tomato
1 kiub ikan bilis
3 sudu cili kisar
4 ulas bawang putih di ketuk
2 buku bawang besar di hiris
Minyak untuk menumis

Caranya
Basuh mee kuning dan toskan dulu
Tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan cili kisar di ikuti dengan sos tiram
kicap pekat, sos tomato, kiub ikan bilis. masukkan sedikit air
masukkan pula udang dan kerang dan tomato yg di potong kecil rasa kesesuaian sedap masukkan mee di ikuti dengan sayur sawi
akhir nya masukkan taugeh gaulkan dan padamkan api. sedia untuk di hidang

(sorry aa kalau resepi ni biasa-biasa saja. aku tuliskan ni supaya anak-anak lale ku itu boleh masak mee goleng selupa haku nye sedop woo)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...