Sunday, January 31, 2010

JEMPUT2 UDANG AIR PANAS




Petang2 minggu kenalah buat kunyah2 kalau tak anak2 asyik bukak esbok je.. ha jemput2 mak buat banyak ni .. makan sampai kenyang2 .. malam nanti x payah makan.. tak mungkin kot kalau perut bebudak.. lagi satu kengkawan.. jangan lupa lepas ni jgn dera haku lagi bawak jejemput ke office kalau terhingin nak makan. sebelum ni haku buat pakai agak2 aja di sebabkan korang semua nak resepi nya haku perturunkan, tapi jangan derhaka dengan resepi ni tambah bahan boleh jangan kurangkan sukatan asasnya..

Bahan-bahannya
300 gm tepung serbaguna (tepung gandum cap sauh)
280 gm bawang holand (bawang kuning)
165 gm isi udang (potong kecil2)
25 gm kucai atau daun bawang
15 gm lada hijau hiris (1 biji)
5 gm garam
500 gm air panas mendidih..(bukan air suam ye)
sedikit serbuk perasa (boleh abaikan)

caranya
Bancuh garam dgn sedikit air panas
Satukan semua bahan tepung+bawang+isi udang+lada+kucai gaulkan, tuang air garam di ikuti dengan air panas gaul rata.. pasaskan minyak , api jangan terlalu kuat, masukkan adunan pakai sudu atau jari.. mana-mana lah.. masaklah sampai agak kekuningan .. dah siap..
Selamat mencuba.. kalau tak jadi jugak itu, haku tak reti nak hajar lagi..

STEAMED SOFT BANANA CAKE



layan mata dulu la

Monday, January 25, 2010

LAUK HARI MINGGU



KETAM BERLADA DAN AYAM GORENG
kengkawan pun dah biasa kan masak jenis lauk macam ni , resepi ? tak payah la main campak je dalam kuali. lepas tu dah siap..

Sunday, January 17, 2010


TALAM SERIMUKA
Betul ke nama kueh ni Serimuka, tang mana yang jadi Seri tu haku tak tau, Buatla seloyang pukul 2, petang-petang makan pulak kueh ni.. Ish... berapa banyak lemak santan masuk dlm perut aku ari ni. Se loyang santan 2 biji kelapa..tak peAnak-anak suka kueh ni.. kengkawan jamu mata ajalah ye.. tak sempat nak bawa kat office dah licih..
Resipi
Bahan-bahan
Loyang 10X10 alas plastik (tengok gambar lapis tokyo)
500 gm beras pulut
1300 ml santan
120 gm tepung gandum
50 gm tepung ubi
300 gm gula pasir
100ml air daun pandan
1 biji telur (boleh abaikan kalau tak suka)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Caranya
1. Rendam beras pulut 3 jam toskan dan masukkan dalam loyang masukkan 700ml santan dan sedikit garam
2. kukus 20 minit
3. Adunkan tepung gandum +tepung ubi+ garam+air pandan + santan 600ml +gula+telur +pewarna blend sekejap untuk lebih halus
4. Masakkan di atas apa sebentar samapi naik wap sahaja
5. Setelah pulut masak padatkan menggunakan sudu.
6. Tuang adunan tepung atas pulut
7. kukus lagi 20 minit dan sehingga masak
Sejukkan baru di potong
Psss.. Pastikan air di tutup pengukus tidak menitik atas kueh

Friday, January 15, 2010

lauk


Lemak Merah Udang Galah



Udang Galah masak Lemak Cili Api






Ikan Siakap Tiga Rasa
Ini keluar daripada tajuk la pulak.. Rasanya macam tak seronok kalau tak kongsi dengan kengkawan.. Udang galah beli di Kota Tinggi. memang best.. baru lagi. masak 2 jenis lemak Cili Api (untuk hubby yg suka pedas berapi) .Masak lemak merah buat haku dan anak-anak begitu juga dengan Siakap 3 Rasa, anak-anak ku punya citarasa. Hari minggu je masak macam ni bila anak-anak ada kat rumah hari lain tak masak beli je.


Kuih Talam Tokyo





Resipi nyer ...♥♥♥

Resepinya
Bahan-bahan
lapis bawah
. 1 cawan biji sagu
. 1 peket suhun 25 gm guntingkan rendam bagi kembang kemudian jirus dgn air panas utk lembut

. 1/2 cawan kelapa parut putih shj
. 1/2 cawan santan
secubit garam

Lapis atas
. 4 biji telur
. 1 cawan gula pasir
. 2 1/4 cawan santan
. 6 sudu tepung gandum (lebih kurang 90 gm)
. 2 sudu tepung custard
. pewarna hijau dan kuning
(utk hijau aku +sedikit air pandan )

Caranya
1. Alaskan loyang dengan plastik
Campurkan biji sagu +suhun+kelapa+garam+santan masukkan dlm loyang dan kukus selama 10 minit.

2. lapisan atas campurkan semua dan blend utk lebih halus bahagikan kepada 2 campurkan tiap 1 bahagian dengan warna kemudian masak atas api sampai naik wap sahaja

3. Bila adunan bawah telah masak tekan dengan sudu tuangkan adunan warna kuning kukus semula 10 minit

4. Bila lapisan kuning masak cakarkan sedikit dgn garpu tuangkan adunan warna hijau dan kukus lagi 10-20 minit (sehingga masak)

p.s pastikan air kukusan tidak menitis atas kueh

Adunan juga di masak atas api sampai naik wap supaya kueh nampak cantik tidak bergelombang

Haku guna loyang 9X9







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...