Monday, May 4, 2009

MARBLE CHEESE BROWNIES


Brownies ni dah 3 kali buat baru ni nak masukkan kat sini.. asyik tak sempat je nak ambil gambar..anak-anak ku cakap sedap sangat..masuk dlm mulut lepas tu rasa keserasian antara coklat dgn cheese ngam sungguh..
resepi nya ini ha...ku ciluk drpd blog jasmeen..
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor 1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

KEK PISANG EASY

Kek Pisang Easy ini aku ambil .daripada telatah. com resepi nya aku lampirkan sekali cubalah pasti tak mengecewakan.

Bahan-bahan
5 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang di lecek (ku guna pisang montel)
3 tsp bicarbonate of soda (ku guna 2 tsp je)
1 cawan minyak masak (ku guna butter cair)


cara-caranya
Pukul telur dan gula sampai kembang
masukkan tepung sedikit sedikit (ayak dulu dgn soda bicarbonate)
masukkan pisang lecek
masukkan ovallete dan minyak
Bakar 180 dgn loyang 9x9x3 lebih kurang 45min - 1 jam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...